Manisan yang mudah untuk disediakan, sedap dimakan ketika musim panas..

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Trifle Ceria

Manisan yang mudah untuk disediakan, sedap dimakan ketika musim panas..

BAHAN-BAHAN

  • Kek Coklat
  • Sos kastad
  • 2 cawan susu segar
  • 2 atau 3 sudu besar gula kastor
  • 2 sudu besar tepung kastad
  • Buah-buahan segar seperti
  • 1 biji buah mangga masak
  • 12 biji buah strawberry
  • 1/2 buah delima
CARA PENYEDIAAN
  • Untuk menyediakan sos kastad, panaskan susu segar, kemudian tambahkan gula kastor dan tepung kastad
  • Kacau sebati di atas api sederhana, kemanisan sos bergantung kepada selera tapi yang saya cadangkan manis-manis buah
  • Sos kastad yang telah masak diketepikan biar sejuk.
  • Menggunakan loyang, susun kek coklat yang telah dipotong setebal 1 cm, dibahagian bawah loyang.
  • Buah mangga masak yang telah dikupas kulit dan dipotong memanjang disusun di atas kek coklat tadi.
  • Seterusnya susun buah strawberry yang dibelah 3, mengikut citarasa anda
  • Kemudian buah delima yang diambil isinya ditabur-taburkan di samping cik mangga dan strawberry
  • Akhir sekali sos kastad dituangkan dan trifle ceria disejukkan selama 1 jam di dalam peti sejuk.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN