Senang, Simple & Sedap

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Nasi Tomato Kukus

Senang, Simple & Sedap

BAHAN-BAHAN

  • 4 cawan beras basmati
  • 4 cawan air
  • 1 cawan susu cair
  • 1 kiub ayam (saya guna kiub ayam maggie)
  • *** BAHAN-BAHAN TUMIS ***
  • 1 labu bawang besar (dikisar)
  • 2 biji buah tomato (dikisar)
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 2 biji buah pelaga
  • 3 helai daun pandan (disimpul)
  • 5-6 sudu makan butter (untuk menumis)
  • 4 sudu makan tomato puri
  • *** BAHAN HIASAN ***
  • Daun sup / Kismis / Gajus
CARA PENYEDIAAN
  • Beras dibersihkan,rendam 15-20 minit.Kemudian toskan
  • Masukkan mentega,tumis bahan-bahan tumis (kecuali tomato puri) hingga wangi (Jangan terlalu garing nanti rasa pahit)
  • Masukkan tomato puri,kacau sebentar.Kemudian masukkan beras,kacau sebati.(Jgn kacau kuat sangat nanti beras patah,tak cantik)
  • Kemudian masukkan air,susu cair dan kiub ayam.Kacau sekali sekali supaya nasi tak hangit kat dasar periuk.Tuggu hingga nasi kering
  • Setelah nasi kering,pindahkan nasi tadi ke dalam kukusan (yang dipanaskan terlebih dahulu) Kukus selama 20-25minit atau sehingga nasi betul-betul masak
  • Setelah nasi masak,gemburkan nasi menggunakan garfu supaya nasi tidak patah.Taburlah bahan hiasan ketika menghidang
  • SELAMAT MENCUBA

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN