masakan kelantan, resepi mak
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Biji Nangka
masakan kelantan, resepi mak
BAHAN-BAHAN
- Adunan tepung:
- 1 kampit tepung beras pulut
- 10 helai daun pandan (diblender dan di ambil airnya)
- sedikit air kapur
- Kuah:
- 1 biji kelapa (diambil santannya)
- secubit halba
- 1/2 inci halia (dipotong halus)
- daun pandan
- gula melaka (secukup rasa)
- gula pasir (secukup rasa)
- sedikit garam
CARA PENYEDIAAN
- adunan tepung: letakkan semua tepung beras kedalam mangkuk dan campurkan dengan air daun pandan serta air kapur tadi. uli sehingga doh sebati.
- ambil sedikit doh tadi dan gentel menjadi bujur dan ditekan sedikit ditengah-tengahnya.( jgn besar2). habiskan semua doh tadi dan letakkan dahulu dalam dulang.
- rebus air dalam periuk sebingga mendidih dan letakkan doh tadi sehingga doh tadi timbul, dan baru diangkat dan asingkan dahulu.
- Kuah: santan yang sudah diperah dimasukkan kedalam periuk dan diletakkan halia, halba dan daun pandan.
- selepas itu letakkan gula melaka, gula pasir dan garam. kacau sehingga sebati bahan2 tadi dan baru diletakkan doh yang telah direbus tadi.
- kacau sehingga sebati dan baru diangkat. sedia untuk dinikmati seisi keluarga….
- selamat mencuba……
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.