resepi cheesecake

Selalunya kek dibuat secara kukus atau bakar, tapi kali ini kami terjumpa resepi Cheesecake tanpa bakar yang cukup unik kerana ia dibuat dalam bentuk sandwich.

Cheesecake merupakan kek yang dibuat dengan mencampurkan keju bertekstur lembut bersama telur, susu dan gula. Kemudian, ia diletak di atas lapisan biskut yang rangup.

Resepi Cheesecake yang dikongsikan oleh Nor Izan Mustapa di Facebook menarik perhatian ramai kerana hasilnya berbentuk sama seperti sandwich. Jom kita cuba!

Baca juga: Burnt Cheesecake Air Fryer Anti Gagal, Resipi Ini Boleh Siap Dalam 30 Minit!

RESEPI CHEESECAKE VERSI SANDWICH

resepi cheesecake

Bahan-bahan:

  • 250gm cream cheese
  • 125gm gula aising
  • 1 cawan non-dairy whipping cream
  • 2 sudu kecil jus lemon
  • 3 sudu kecil gelatin
  • 1/3 cawan air panas
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • Coklat rice atau strawberry topping atau oreo (hancurkan)
  • Biskut cream cracker (saya guna yang saiz kecil jenama Munchy’s)
  • Gula aising atau snow powder

Cara-cara membuat:

1. Mula-mula, cairkan gelatin dalam air panas sampai larut dan biar sejuk sedikit.

2. Kemudian, satukan cream cheese, gula aising, non-dairy whipping cream dan pukul kembang.

3. Selepas itu, masukkan jus lemon, gelatin cair, esen vanilla dan pukul sebati.

4. Seterusnya, masukkan coklat rice atau oreo hancur dan kacau rata.

5. Setelah itu, susun biskut sampai penuh dasar loyang.

resepi cheesecake

6. Kemudian, letak cream dan ratakan sampai tepi biskut (tebal ikut suka), kemudian tutup dengan biskut di atasnya.

*Boleh juga sapu strawberry topping pada biskut sebelum letak cream, tapi skip coklat rice atau oreo.

7. Selanjutnya, simpan lebih kurang 2 jam dalam peti sejuk di bahagian chiller.

8. Akhir sekali, potong dan ayak gula aising atau snow powder di atasnya. Siap untuk dinikmati!

Betapa mudahnya resepi Cheesecake ini kerana anda tak perlu kukus atau bakar untuk dapatkan hasil yang menjadi. Apabila makan, anda akan rasa kerangupan biskut bersama cheese yang cukup berkrim.

Selamat mencuba!

Sumber: Nor Izan Mustapa

Baca juga: Cara Orang Bujang Buat Mango Cheesecake, Tak Perlu Bakar Atau Kukus!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN