kentang berlado

Resepi kentang berlado kicap dengan terung dan tempe adalah hidangan yang sangat menyelerakan dan mudah disediakan. Makan dengan nasi panas-panas memang mantap!

Gabungan bahan-bahan seperti kentang, tempe dan terung yang digoreng rangup, dipadankan dengan kuah kicap yang pedas dan manis, menjadikan hidangan ini sangat memikat selera.

Resipi ini juga sesuai untuk dinikmati bila-bila masa, sama ada sebagai lauk utama ataupun sampingan. Dengan bahan yang mudah didapati, anda boleh mencuba membuatnya sendiri di rumah nanti.

Jom lihat resipi penuh di bawah!

RESEPI KENTANG BERLADO KICAP DENGAN TERUNG DAN TEMPE

kentang berlado

Baca juga: Resipi Sambal Tempe Goreng Dengan Kangkung, Bila Makan Tak Ingat Dunia!

Bahan-bahan:

  • 4 biji kentang (dadu dan goreng)
  • 1 keping tempe (dadu dan goreng)
  • 2 biji terung (hiris dan goreng)
  • Kicap lemak manis
  • 2 biji cili besar merah*
  • Cili padi merah dan hijau (ikut tahap kepedasan)*
  • 3 biji bawang besar*
  • 2 ulas bawang putih*

Cara-cara:

  1. Bahan bertanda * dikisar kasar tanpa air
  2. Tumis bahan-bahan yang telah diblender hingga masak.
  3. Masukkan kicap lemak manis, kacau rata.
  4. Tambahkan garam jika perlu. Biarkan tumisan agak pekat dan sebati.
  5. Masukkan bahan-bahan yang telah digoreng (kentang, tempe dan terung), gaul sampai sebati.
  6. Boleh juga tabur ikan bilis goreng ke atas hidangan untuk lagi sedap.
  7. Siap dan sedia untuk dinikmati!

Sumber: Norashikin Ismail

Baca juga: Resipi Kentang Goreng Cili Padi, Kesedapan Rasa Pedas Boleh Buat Bertambah Nasi!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN