Resepi dapat dari buku resepi yang disertakan masa beli mesin pasta :-)
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Mee Kuning Sihat
Resepi dapat dari buku resepi yang disertakan masa beli mesin pasta :-)
BAHAN-BAHAN
- 500gm tepung gandum
- 1 biji telur + air = 200ml
- *Sedikit pewarna kuning atau serbuk kunyit
- Sedikit minyak masak
- *Tips 1: Untuk hasilkan mee “hijau” dan lebih berkhasiat, gantikan air dengan air perahan(blender) daun bayam dan abaikan pewarna kuning
- *Tips 2 : Untuk hasilkan mee “merah” dan lebih berkhasiat, gantikan air dengan perahan carrot dan abaikan pewarna kuning
CARA PENYEDIAAN
- Masukkan tepung gandum ke dalam pasta maker
- Bancuh air dengan telur dan masukkan pewarna. Pukul sedikit dengan garfu.
- On kan pasta maker untuk mod menguli (mix). Perlahan-lahan masukkan air bancuhan telur tadi sedikit demi sedikit sampai habis.
- Bila nampak adunan seperti serbuk roti..(adunan jangan biar lama digaul sebab kita tak nak jadi macam ketulan adunan doh). Proses gaulan ini cuma ambil masa lebih kurang 5-7 min sahaja.
- Hentikan pasta maker ini sekejap. Tukar ke mod untuk keluarkan adunan melalui acuan mee. Tunggu hingga selesai…atau kalau nak pi buat kerja lain pun boleh ditinggalkan.
- Rebus air hingga mendidih, masukkan sedikit minyak (supaya mee tidak melekat sesama sendiri) dan masukkan mee tadi. Masak hingga agak empuk…jgn terlalu lembik sebab nanti kita nak buat hidangan lain lagi, ia akan jadi lebih empuk.
- Angkat dan toskan. Gaulkan dengan sedikit minyak. Siap! dalam masa lebih kurang 15min sahaja. Lepas ni boleh buat pelbagai hidangan mee yang SIHAT dan sungguh enak kerana tiada sebarang asid borik atau air abu atau air kapur yang dimasukkan. Tahan hingga 3-4 hari dan perlu disimpan di dalam peti sejuk.
- Nota : 500gm tepung gandum boleh menghasilkan 1kg mee. Dengan bantuan mesin pasta ini, proses membuat mee hanya ambil masa lebih kurang 15min. Ianya juga boleh diguna untuk membuat laksa, maruku etc. Jumpa di lain resepi ya! Selamat mencuba :-)
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.