Pencuci mulut yang sedap dimakan bila2 masa saja…

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

?Pulut Serawa Mangga™

Pencuci mulut yang sedap dimakan bila2 masa saja…

BAHAN-BAHAN

  • 2 cawan pulut – dibersihkan dan rendam 1 jam
  • santan cair atau air secukupnya
  • garam secukup rasa
  • 1 helai daun pandan – disimpul
  • Untuk Serawa Mangga :-
  • 1 cawan santan pekat*
  • 2 cawan air* (bahan bertanda * boleh diganti susu segar ikut selera)
  • gula pasir dan gula melaka secukup rasa
  • garam secukup rasa
  • 1 biji mangga – isinya dipotong dadu
CARA PENYEDIAAN
  • Masukkan pulut didalam loyang dan tuangkan air/santan cair sama paras dgn pulut dan bubuh garam dan daun pandan,kacau rata dan kukus hingga masak.Sejukkan.
  • Didalam sebuah periuk masukkan santan pekat dan masak diatas api perlahan.Masukkan gula dan gula melaka secukup rasa dan masak hingga gula larut.Tapis dan masak semula santan dan bubuh garam secukup rasa.Masukkan isi mangga dan masak sebentar dan matikan api.
  • Pulut yang telah dikukus dibahagikan kpd beberapa mangkuk2 kecil dan siramkan serawa mangga diatasnya dan siap untuk dihidangkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN