ayam berempah resepi

Ayam berempah resepi di bawah ini sangat mudah untuk disediakan. Bukan itu saja, bahan-bahan yang diperlukan juga senang didapati.

Jadi, kalau anda teringin nak makan ayam goreng berempah, boleh buat sendiri saja di rumah dengan cara yang ringkas ini. Jom cuba!

Baca juga: Resipi Sup Ayam Tumis Darat, Kuah Ringan Bila Hirup Sebab Tak Berempah

AYAM BEREMPAH RESEPI MUDAH & SEDAP

ayam berempah resepi

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ayam (dipotong mengikut bahagian)
  • 2 batang serai
  • 2 inci halia
  • 4 ulas bawang putih
  • Garam secukup rasa
  • Serbuk perasa secukup rasa
  • Serbuk kunyit secukup rasa
  • Tepung jagung (untuk salut ayam sebelum digoreng)
  • Minyak untuk menggoreng

Cara-cara:

  1. Kisar atau tumbuk halus serai, halia dan bawang putih. Anda boleh memilih untuk menumbuknya jika tidak ada blender.
  2. Cuci ayam dengan bersih dan toskan airnya.
  3. Taburkan garam, serbuk perasa dan serbuk kunyit ke atas ayam.
  4. Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar atau ditumbuk tadi ke dalam ayam. Gaulkan rata semua bahan perapan dengan ayam.
  5. Perap ayam seketika supaya bahan perapan meresap ke dalam ayam.
  6. Sebelum menggoreng, taburkan sedikit tepung jagung pada ayam bagi menghasilkan tekstur yang lebih rangup.
  7. Panaskan minyak yang banyak dalam kuali. Goreng ayam dengan api sederhana hingga ayam masak dan garing.
  8. Angkat ayam apabila ia sudah garing dan kekuningan.
  9. Toskan minyak dan ayam goreng berempah sedia untuk dihidang.

Kredit resipi dan gambar: Amy Kim

Baca juga: Resipi Ayam Panggang Lazat & Berjus, Cara Mudah Tak Payah Perap!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN