suka makan ni utk bfast atau bila tgh2 malam dah kebuluran.. sape2 suka makan megi goreng kedai mamak tu.. selamat mencuba la ye

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Mee Segera Goreng

suka makan ni utk bfast atau bila tgh2 malam dah kebuluran.. sape2 suka makan megi goreng kedai mamak tu.. selamat mencuba la ye

BAHAN-BAHAN

  • sebungkus mee segera (jenama Maggi perasa kari) direndam bagi kembang
  • 5 ekor udang besar
  • sebiji bawang merah (cincangkan)
  • seulas bwg putih (cincangkan)
  • 3 biji cili padi
  • 5 keping lobak merah (dipotong bulat)
  • 2 pokok sawi bunga (dipotong)
  • sebiji telur
  • 1 sudu makan minyak masak
  • 1 sudu makan kicap manis
CARA PENYEDIAAN
  • Masak air panas sampai mendidih, rendamkan mee segera. Untuk resipi ni saya guna mee segera jenama Maggi perasa kari.
  • Cincangkan bawang putih dan bawang merah. Ketuk juga cili padi yg 3 biji tadi
  • Panaskan kuali dan minyak masak. Tumis bawang yg dicincang dan juga cili padi.
  • Masukkan udang yang telah dibersihkan, lobak merah dan batang sawi tadi. goreng sekejap. Bila udang separuh masak, masukkan pula perencah kari tadi.
  • Pecahkan telur ke dalam kuali dan biarkan masak sambil digaul sesekali. Masukkan mee segera yg telah direndam tadi dan juga daun sawi. balik2 kan dan siap dihidangkan
  • p/s:- dah x yah letak garam sebab perencah tu dah cukup masin bagi saya la… kalau x cukup masin tambah la ye

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN