
Sejak Filem Bollywood iaitu Dilwale mula popular, ramai tak lepaskan peluang untuk buat resepi Kek Lapis Dilwale yang viral dengan rasa lembut dan sedapnya.
Kek Lapis Dilwale adalah gabungan kek coklat, red velvet dan cheese yang bentuknya berlapis-lapis dan ia merupakan antara kek lapis Sarawak yang disukai ramai.
Harni Aiza telah kongsikan resepi Kek Lapis Dilwale di Facebook yang mendapat pujian ramai kerana hasilnya cukup kemas dan lembut. Jom kita cuba!
Baca juga: Kek Lapis Asam Manis, Lembutnya Lebih Sempurna Dengan Cara Kukus
RESEPI KEK LAPIS DILWALE

Bahan-bahan:
- 454gram butter Golden churn
- 10 biji telur ayam gred A
- 130gram gula kastor
- 1 tin serikaya (kecil)
- ½ susu tin cap junjung (sederhana)
- 150gram tepung gandum
- 100gram horlicks
- 100gram susu tepung nespray
- 1 sudu teh esen vanilla
Bahan-bahan tambahan untuk lapisan:
- Sedikit pewarna merah terang
- ½ botol kecil jem strawberry ladys choice
- 3 sudu besar coklat spread
- ½ botol browning sugar
Bahan-bahan untuk lapisan cheese:
- 500gram cream cheese
- 100gram gula kastor
- 3 biji telur ayam
- 70ml air sejuk
- 3 sudu makan tepung gandum
Cara-cara membuat:
1. Mula-mula, pukul butter dan gula sampai kembang.
2. Selepas itu, masuk telur satu demi satu dan mix sebati.
3. Masukkan serikaya, susu, tepung gandum, horlicks, susu tepung dan esen vanilla, kemudian mix perlahan sampai sebati.
4. Bahagi kepada dua bahagian, iaitu satu bahagian campur jem strawberry dan pewarna merah, kemudian satu bahagian lagi campur coklat spread dan browning sugar.
5. Seterusnya, bakar selapis demi selapis (warna hitam dahulu sampai habis, kemudian warna merah pula).
6. Kemudian, bakar dengan menggunakan api grill bahagian atas pada suhu 190°C.
7. Sementara itu, boleh sediakan bahan cheese dengan mixkan cream cheese, gula kastor, telur ayam, air sejuk dan tepung gandum.
8. Tuang kesemua adunan cheese atas lapisan merah dan kukus dengan cara steam bath atau double boiler sampai lapisan keju masak.

Jika tak menggemari cara steam bath dalam resepi Kek Lapis Dilwale ini, anda boleh guna kaedah mengukus bahagian cheese dalam pengukus, cuma perlu pastikan kek ditutup dengan aluminium foil sebelum dikukus.
Selain itu, anda boleh bahagikan adunan kepada 3 bahagian jika tak suka pure cheese. Bahan yang satu ditambah dengan 250 gram cheese yang telah dipukul bersama sedikit susu pekat dan sedikit air sejuk.
Selamat mencuba!
Sumber: Harni Aiza
Baca juga: Kek Batu Marmar Paling Cantik, Gebu & Lembut Yang Cukup Sempurna
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














