Resipi olahan sendiri Love…

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Sambal Udang Berserai Pedas

Resipi olahan sendiri Love…

BAHAN-BAHAN

  • 800gm Udang sederhana besar (dibersihkan) – nak berkulit pun ok…
  • Bahan-bahan yang diblend bersama:-
  • 20-25 biji cili kering (dididih bersama air)
  • 5 ulas bawang putih
  • 6 biji bawang merah
  • 2-3 batang serai
  • 1/2 inci kunyit hidup
  • 1 inci halia
  • 1/2 inci belacan
  • 5-8 biji cili padi (optional)
  • 1/2-1 cawan air
  • ——————————————————–
  • 2-3 biji bawang besar (potong bulat)
  • 100ml santan (optional) untuk sambal berlemak sikit
  • 1 keping asam keping
  • Garam dan ajinomoto
  • Minyak
CARA PENYEDIAAN
  • Gaul udang bersama sedikit garam. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng udang separuh masak. Ketepikan.
  • Panaskan minyak, tumis bahan-bahan blend tadi hingga pecah minyak.
  • Masukkan bawang besar dan tumis sebentar.
  • Tambah santan, garam, aji dan asam keping. Kacau dan didihkan.
  • Masukkan udang dan gaul sebati. Biarkan sebentar, padam api.
  • Sedia dihidangkan bersama nasi putih/ nasi lemak.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN