masakan johor

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Gulai asam pedas ayam

masakan johor

BAHAN-BAHAN

  • satu ekor ayam sederhana besar dipotong 12
  • bahan untuk dikisar :
    15-20 tangkai cili kering
    3 ulas bawang putih
    2 biji bawang besar
    1/2 inci halia
    1/2 inci kunyit hidup
    sedikit belacan
    1/4 sudu teh lada hitam
    sedikit minyak
  • beberapa tangkai daun kesum diasingkan dari tangkainya
  • 1 cawan air asam jawa
  • garam secukup rasa
  • 3-4 sudu besar minyak masak untuk menumis
  • 1 sudu teh gula
CARA PENYEDIAAN
  • Bersihkan ayam dan tos.
  • Panaskan minyak didalam periuk dan masukkan semua bahan kisar. kacau rata.
  • Masak sehingga pecah minyak atau naik baunya. masukkan garam dan gula. kacau lagi.
  • Masukkan ayam, daun kesum dan air asam jawa. kacau hingga rata. Tambah air jika kuahnya terlalu sedikit. Pastikan kuahnya sama paras ayam atau atas sedikit. Jangan terlalu cair kuahnya.
  • Biarkan ia mendidih sehingga ayamnya empuk. Rasalah samada dah cukup garamnya atau belum. Tambahlah jika perlu.
  • Bila ayam dah masak, bolehlah diangkat dan dihidangkan bersama nasi putih.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN