Resepi cuba jaya
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Kek Coklat Oren
Resepi cuba jaya
BAHAN-BAHAN
- *200gm tepung serbaguna (gandum)
- 150gm gula kastor
- 150gm butter / majerin
- 3 biji telor
- 200ml jus oren yg diperah dari limau sunkist
- *1/2 sdk natrium bikarbonat
- *1/2 sdk baking powder
- 3 sdb coklat emulco / 50gm coklat masakan(dicairkan)
- 1 genggam coklat chips (optional)
- 100ml air
CARA PENYEDIAAN
- macam biasa, mix butter gula sampai seakan putih, masukkan telur 1 persatu sampai kembang.
- ayak bahan bertanda * dan masukkan ke dalam no 1
- bahagikan adunan kepada 2, masukkan jus oren dalam adunan pertama dan dikacau rata
- masukkan coklat yg telah dibancuh dgn air ke dalam adunan ke-2…
- tuangkan adunan coklat ke dalam loyang dan kemudian tuang adunan oren pula selepas itu…
- bakar dalam oven 180 darjah selama 40 minit.
( taburkan chip selepas lebih kurang 10 minit selepas dibakar) - sedia di hidang dan sedap utk dimakan bersama famili masa petang2 ujung minggu kalau tak kerja. ini rupa kek yang belum dipotong. selamat mencuba dan maju jaya
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.