Pencuci mulut yang disukai ramai

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Tau Fu Fa

Pencuci mulut yang disukai ramai

BAHAN-BAHAN

  • 300gm Kacang Soya
  • 2 litre Air
  • * 2 ½ sudu besar Tepung jagung
  • * ½ sudu teh Curdling powder (boleh didapati di kedai jual bahan2 kek)
  • * ¼ cawan Air masak
  • 1-2 helai Daun pandan (ikut suka)
  • Air gula putih atau merah
CARA PENYEDIAAN
  • Basuh kacang soya (kosek-kosekkan) & rendam selama 4-5 jam. Jangan terlalu lama nanti tau fu fa akan berair.
  • Kisar kacang soya bersama 2 litre air & tapis menggunakan kain muslin. Kalau tak ada kain muslin boleh gunakan tapis teh kain (mcm kedai mamak guna)
  • Masukkan daun padan & masak air soya hingga betul-betul mendidih. Tapi kena hati-hati, jangan sampai melimpah keluar.
  • Sementara menunggu air soya tadi mendidih, dalam mangkuk berasingan campurkan bahan-bahan yang bertanda * – tepung jagung, serbuk CDL & air
  • Sediakan thermos nasi (bekas tahan panas untuk memastikan tau fu fa sentiasa panas dan menjadi keras).
  • Tuang dengan segera air soya yang telah mendidih kedalam bekas. Bacuhan tepung jagung dikacau seketika dan masukkan kedalam air soya panas cepat-cepat. Kacau rata sekejap dan tutup. Biarkan selama 30 minit atau agak2 dah boleh dimakan.
  • Bila tau fu fa dah siap, atas tu akan mcm berkepala (boleh makan atau buang). Dah boleh mkn bersama air gula

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN