cara membuat donat kapas

Apabila bercerita tentang donat, dapat bayangkan bentuknya yang bulat seperti cincin serta dihiasi dengan gula. Bayangkan saja tak cukup, jom cuba cara membuat donat kapas ini.

Fatin’s Bakery telah kongsikan cara membuat donat kapas melalui Facebook Doa Penenang Hati dan anda boleh lihat hasilnya yang gebu serta lembut. Jom kita cuba!

Baca juga: Resepi Donat Kampung Lembut Sampai Petang, Gebu Bukan Main Lagi

CARA MEMBUAT DONAT KAPAS

cara membuat donat kapas

Bahan-bahan:

  • 250gm tepung high protein
  • 250gm tepung gandum
  • 70gm gula
  • 7gm garam
  • 70gm marjerin
  • 15gm pelembut roti
  • 10gm yis
  • 20g susu tepung (tambahan)
  • 250gm air sejuk coway atau campur ais

Cara-cara membuat donat:

1. Mula-mula, masukkan semua tepung dan bahan-bahan kering kecuali yis.

2. Selepas itu, adun sebati semua bahan dalam mixer, bekas atau breadmaker.

3. Kemudian, masukkan air sejuk dan uli sampai sebati.

4. Masukkan maejerin dan pelembut, kemudian teruskan uli adunan tepung tadi sampai licin.

5. Setelah itu, baru masukkan yis dan uli lagi sampai doh betul-betul licin, berkilat dan elastik.

– Jika uli guna mesin mixer atau breadmaker, letak yis pada akhir sekali.
– Jika uli guna tangan, kena bancuh yis dengan sedikit air suam dan boleh masukkan sekali yis dari mula uli sampai doh licin.

6. Setelah siap diuli, terus bentukkan doh bulat-bulat sehingga bentuknya bulat cantik.

7. Selepas itu, rehatkan doh sampai naik dua kali ganda.

8. Seterusnya, boleh lenyetkan doh tadi dengan rolling pin supaya leper dan tebukkan lubang (saya guna nozzle kek mudah).

9. Kemudian, rehatkan doh sampai kembang dan ringan.

10. Akhir sekali, terus goreng dalam minyak panas, terbalikkan doh sekali saja dalam minyak supaya donut tak serap minyak nanti, angkat dan toskan. Siap untuk dinikmati!

cara membuat donat kapas

Bagi mendapatkan donat kapas yang halus, ringan dan gebu, anda wajib uli doh sampai elastik. Senang cerita, apabila ditarik dohnya takkan mudah putus dan licin.

Cara membuat donat kapas ini memang menarik dan wajib dicuba di rumah. Tambahan pula, resipi ini sesuai buat mereka yang baru belajar membuat kuih.

Selamat mencuba!

Sumber: Fatin’s Bakery

Baca juga: Donat Pisang Paling Lembut, Wanginya Sampai Semerbak Satu Rumah

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN