
Sejak sekolah mula dibuka, mak-mak mula mencari idea bekal anak ke sekolah. Baru-baru ini, kami terjumpa perkongsian cara membuat nasi kepal yang sangat comel dan menarik.
Nasi kepal atau dipanggil juga sebagai onigiri adalah sejenis makanan segera orang Jepun. Sarapan dengan seketul dua nasi kepal saja sudah cukup mengenyangkan.
Di Malaysia, nasi kepal boleh dijumpai di bahagian makanan Jepun dalam pusat membeli-belah terkemuka. Selain itu, restoran yang menyediakan makanan Jepun turut mempunyai hidangan ini dalam menu mereka.
Tak ramai yang mahir membuat nasi kepal dengan sempurna kerana tekstur nasinya harus melekat antara satu sama lain dan tak mudah hancur.
Oleh itu, kami nak kongsikan cara membuat nasi kepal yang diajar oleh Mumymaria Mohamad di Facebook dan ramai memuji idea kreatifnya. Jom kita cuba!
Baca juga: Apollo Cake Popsicle Untuk Jamuan Sekolah Anak, Kreatif Dan Menarik!
CARA MEMBUAT NASI KEPAL

Bahan-bahan:
- Bekas simpan telur jenis plastik
- Beras sumo
- Serbuk seaweed
- Sedikit hirisan lobak merah
- Isi ayam
- Sos tiram
- Tauge (sekali dengan daunnya)
- Bijan hitam
Cara-cara membuat:
1. Mula-mula, masak nasi dengan menggunakan beras sumo supaya teksturnya melekat-lekat elok.
2. Selepas itu, potong isi ayam dalam bentuk dadu dan masak bersama sos tiram.
3. Setelah nasi siap dimasak, gunakan bekas simpan telur dan masukkan sedikit nasi ke dalam setiap bahagian.
4. Kemudian, letakkan isi ayam yang telah dimasak bersama sos tiram tadi tanpa kuahnya.
5. Setelah itu, masukkan lagi sedikit nasi untuk tutup isi ayam di dalamnya.
6. Seterusnya, tutup bekas simpan telur dan goncangkan supaya ia menjadi bentuk bulat.

7. Potong hirisan lobak merah dengan lebih kecil lagi untuk dijadikan sebagai mulutnya.
8. Akhir sekali, hias dengan dua biji bijan hitam sebagai mata, hirisan lobak merah sebagai mulut dan cucuk dengan tauge sebagai hiasan kepalanya. Siap!
Cara membuat nasi kepal ini sangat berguna jika anda ingin menyediakan bekal untuk anak ke sekolah. Setelah nampak hidangan comel ini, pasti mereka seronok nak makan nanti.
Selamat mencuba!
Sumber: Mumymaria Mohamad
Baca juga: Puding Sumi Jelly Ala Tutti Fruity, Warna-Warni Begini Mesti Budak-Budak Suka!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














