Nama asal kuih ni seperti semua org tahu iaitu Roti Jala. Tapi memandangkan ia tiada rupa roti atau sebarang yis digunakan, saya rasa lebih sesuai di panggil Lempeng Jala :)

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Lempeng Jala

Nama asal kuih ni seperti semua org tahu iaitu Roti Jala. Tapi memandangkan ia tiada rupa roti atau sebarang yis digunakan, saya rasa lebih sesuai di panggil Lempeng Jala :)

BAHAN-BAHAN

  • 500 gm tepung gandum
  • 2 cawan santan
  • 2 biji telur
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1/2 sudu teh pewarna kuning
  • 1 cawan air
CARA PENYEDIAAN
  • Satukan kesemua bahan-bahan di dalam blender dan mesin sehingga sebati.
  • Tapiskan adunan yang telah mesin ke dalam mangkuk.
  • Gunakan kuali leper tidak melekat (flat non-stick pan) yang telah disapukan dengan sedikit minyak masak (pastikan lebihan minyak di lap).
  • Setelah kuali panas, boleh lah mula ‘menjala’ :)
    Gunakan acuan khas roti jala. Saya harap semua tahu bagaimana rupa acuan tersebut. Minta maaf kerana takde gambar acuan buat masa ni.
  • Setelah siap, boleh lah lempeng jala ini di gulung atau dilipat mengikut citarasa masing-masing. Dalam gambar yang saya upload, lempeng jala telah digulung.
  • Seperti biasa, member rapat lempeng jala adalah kari ayam atau serawa durian. Memandangkan saya tidak gemar durian, saya hidangkan lempeng ni dgn kari ayam.
  • SELAMAT MENCUBA RESEPI SAYA! TERIMA KASIH :)

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN