resepi salad

Anda sedang tercari-cari menu sihat yang mudah disediakan tapi sangat sedap? Jom cuba resepi salad timun dengan tuna ini!

Penyediaannya sangat mudah, hanya perlu menghiris bahan dan gaulkan semuanya hingga rata. Salad ini boleh dinikmati segera tanpa perlu dimasak.

Lebih enak jika disejukkan sebentar di dalam peti sejuk. Pasti menyelerakan! Sesuai dinikmati pada bila-bila masa yang diinginkan.

Terliur nak cuba? Jom lihat resipi penuh di bawah yang dikongsikan oleh Nurha Muhammad di laman sosial Facebook.

Baca juga: Resipi Makaroni Salad Yang Simple, Sebekas Tak Cukup Sebab Anak Suka!

RESEPI SALAD TIMUN DENGAN TUNA

resepi salad

Bahan-bahan:

  • 1 1/2 batang timun jepun
  • 1 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 hingga 3 sudu besar cream cheese
  • 2 sudu besar yogurt asli
  • 1 tin tuna chunks
  • 1 sudu besar jus lemon
  • Blackpepper, garam dan chili flakes secukupnya
  • 1 sudu teh capers (optional)

Cara-cara:

  1. Sediakan semua bahan yang diperlukan seperti dalam senarai di atas.
  2. Hiris nipis timun jepun dan bawang merah.
  3. Kemudian, cincang halus bawang putih.
  4. Selepas itu, satukan semua bahan yang sudah tersedia ke dalam satu bekas.
  5. Gaul sehingga semua bahan bercampur dengan mesra dan sebati.
  6. Siap dan sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba!

Kredit resipi dan gambar: Nurha Muhammad

Baca juga: Cara Simpan Daun Salad Agar Tahan Lama, 3 Minggu Pun Masih Segar!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN