Kek yang dikukus,sesuai dimakan bila-bila masa saja.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

?Kek Kukus Nona Manis™

Kek yang dikukus,sesuai dimakan bila-bila masa saja.

BAHAN-BAHAN

  • 1 cawan gula halus*
  • 1/2 cawan air*
  • 4 biji telur – asingkan kuning dan putih
  • 1 cawan gula halus
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sk bicarbonate soda
  • 1 cawan santan pekat
  • 1/4 sk garam
CARA PENYEDIAAN
  • Gula halus* dan air* dijadikan gula hangus dan sejukkan.
  • Tepung dan b. soda diayak bersama.Santan dan garam dicampur dan ketepikan.
  • Di dalam mangkuk mixer, pukul putih telur dan masukkan gula sedikit2 dan pukul terus hingga kembang.Masukkan pula kuning telur satu-persatu dan terus pukul hingga sebati.
  • Perlahankan mixer dan masukkan campuran tepung sedikit2 sambil dipukul terus.
  • Tuangkan pula santan perlahan2 dan pukul lagi.
  • Akhir sekali,tuang pula gula hangus yang telah sejuk sedikit2 dan pukul hingga adunan sebati.Matikan mixer dan gaul adunan dengan senduk atau spatula hingga adunan benar2 sebati.
  • Tuang adunan ke dalam loyang yg dialas kertas dan digris.Masukkan loyang ke dalam kukusan yang telah dipanaskan dahulu dan kukus selama 45 min.
  • Biarkan kek di dalam loyang seketika dan renggangkan tepinya.
  • Balikkan kek atas redai dan sejukkan.
  • Potong kek dan bolehlah dihidangkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN