cara buat pau gebu

Terfikir nak buat pau tapi semasa nak beli yis kering di kedai, sudah habis stok pula. Jangan risau, ada cara buat pau gebu dan lembut walaupun menggunakan yis basah.

Pau merupakan sejenis kuih yang diperbuat daripada tepung dan yis, kemudian diuli dan dibentukkan bulat yang mempunyai inti di dalamnya, sama ada manisan, daging atau sayur.

Teknik yang paling popular digunakan untuk memasak pau adalah dengan menggunakan cara mengukus. Selain itu, ada juga yang gunakan teknik menggoreng atau membakarnya.

Biasanya orang gunakan yis kering untuk buat pau, tapi kami telah menjumpai cara buat pau gebu menggunakan yis basah yang dikongsikan oleh Mas Cotek di Facebook. Jom kita cuba!

Baca juga: Tips Kukus Pau Supaya Cantik Dan Tak Kecut, Sesuai Untuk Yang Baru Belajar

CARA BUAT PAU GEBU GUNA YIS BASAH

cara buat pau gebu

Bahan-bahan:

  • ½kg tepung gandum (saya guna cap kunci)
  • 40gram yis basah dibancuh dengan ½ cawan air
  • 1½ sudu makan marjerin
  • 1 sudu makan shortening
  • 2 sudu makan susu pekat manis
  • Air secukupnya

Cara-cara membuat:

1. Mula-mula, satukan tepung gandum, shortening dan susu pekat manis.

2. Selepas itu, jadikan lebih kurang rupanya seperti serbuk roti.

3. Masukkan yis yang sudah dibancuh dengan air tadi ke dalam adunan.

4. Uli dan tambah air sehingga dapat doh yang tak lekat pada tangan.

5. Kemudian, uli lagi sehingga lembut (prosesnya lebih kurang dalam 20 minit).

6. Seterusnya, bulat-bulatkan dan masukkan inti yang disukai.

7. Setelah itu, rehatkan doh sehingga naik sekali ganda.

8. Akhir sekali, kukus selama 7 hingga 10 minit dengan menggunakan api sederhana sehingga masak. Siap untuk dinikmati!

cara buat pau gebu

Cara buat pau gebu dengan yis basah ternyata amat mudah, jadi selepas ini bolehlah anda cuba dengan menggunakan inti yang lazat belaka seperti kelapa manis, kacang merah, kaya dan sebagainya.

Selamat mencuba!

Sumber: Mas Cotek

Baca juga: Pau Kampung Gebu, Cuba Petua Ini Confirm Dapat Permukaan Licin Cantik

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN