kek lapis yang popular waktu hari lebaran tapi resipi ini tidak menggunakan telur yang banyak tapi tetap mendapat 1 biji kek yg besar.Oleh krane oven beso dh rosak,percubaan pertama menggunakan oven kecik jadi hasil kek lapis tak berapa cantik… guna loyang 9x9x3 inc…:)

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

?Kek Lapis Legit/Rempah Ekonomi™

kek lapis yang popular waktu hari lebaran tapi resipi ini tidak menggunakan telur yang banyak tapi tetap mendapat 1 biji kek yg besar.Oleh krane oven beso dh rosak,percubaan pertama menggunakan oven kecik jadi hasil kek lapis tak berapa cantik… guna loyang 9x9x3 inc…:)

BAHAN-BAHAN

  • 325 g mentega (1 1/2 buku)
  • 4 sb susu manis
  • 1 sb rempah kuih (boleh lebih atau kurangkan ikut selera)
  • 100 g tepung gandum (1/2 cwn rata + 4 sb)
  • 2 sb tepung jagung
  • 175 gula halus (1/2 cwn + 1 sk )
  • 6 biji telur – gred A yg sejuk dr peti ais
  • 1 sb ovalette
  • 40 ml air sejuk – dr peti ais ( 3 sb)
  • 1 sk esen vanilla
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan oven pd suhu 160C.Loyang 9x9x3in. dialas kertas dan gris pd dasarnya saja.
  • Pukul mentega,susu dan rempah kuih hingga putih berkrim.Ketepikan.
  • Satukan bahan2 yang lain di dalam mixer dan pukul hingga kembang.
  • Masukkan campuran mentega ke dalam adunan tepung dan kaup-balekkan hingga rata dan sebati.
  • Ambil 2 senduk adunan dan ratakan di dalam loyang dan bakar hingga lapisan bewarna coklat keemasan.
  • Bubuh lagi 2 senduk adunan dan ratakan dan bakar lagi tetapi kali ini dgn menggunakan api grill dan bakar hingga pemukaan kek kecoklatan.Lakukan dgn melapis kek terus dgn menggunakan api grill.
  • Untuk lapisan terakhir tukar kepanasan oven kpd api bawah dan bakar dgn suhu 160C selama 30 min atau hingga permukaan kek kecoklatan.Keluarkan loyang dr oven.
  • Balekkan kek di atas redai dan sejukkan.
  • Potong kek dan boleh dihidangkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN