Cara buat aiskrim vanila sendiri…

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kek Aiskrim Vanila

Cara buat aiskrim vanila sendiri…

BAHAN-BAHAN

  • ** Cara untuk buat kek span adalah sama dengan cara kek span aiskrim strawberry yer :)
  • BAHAN2 AIS KRIM VANILA
  • Bahan A
  • 4 Biji Telur (gred AA)
  • 80 gm Gula Kastor
  • 3 Sudu Teh Vanila
  • 200 gm Whiping Cream
  • Bahan B
  • 375 gm Fresh Cream
CARA PENYEDIAAN
  • Terlebih dahulu sediakan kek dan belah kek kepada 3 atau 2 lapis. Saya buat deko ni untuk 3 lapis kek dan 2 lapis ais krim.
  • Bahan A di masak secara double boil sehingga sebati dan gula cair kemudian sejukkan.
  • Bahan B dipukul sehigga kental, seperti nak buat toping kek, jangan terlalu kasar nanti banyak ruang udara.
  • Campurkan bahan A tadi kedalam bahan b dengan menggunakan wisk, kacau perlahan-lahan. bahagi ais krim kepada 2 bahagian sama banyak.
  • Letakkan kek lapisan paling bawah dalam loyang sepadan atau gunakan plastik roll. macam saya buat ni.
  • Kemudian ratakan aiskrim di atas kek tersbut.
  • Lapiskan dengan kek lapisan kedua dan kemudian ais krim. dan atas sekali lapisan kek yang terakhir. bermakna 3 lapisan kek dan 2 lapisan ais krim.
  • Setelah siap balut dengan plastik wrap dan masukkan dalam peti beku minima 3 jam. Buka plastik roll dan ini lah rupa nya setelah dikeluarkan dari peti sejuk.
  • N then boleh lah di topingkan dengan menggunakan fresh cream lebih kurang 1 setengah cawan.
  • Mahap yer saya tak leh nak potong kek ni untuk tunjuk bahagian dalam sebab kek kastemer.. hehe.. :)

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN