Buat mee goreng paling mudah, sesuai untuk orang bujang & wanita berkerjaya. siap dalam masa 20 minit sahaja…, . Resepi ni sebenarnya idea sendiri, biasa la balik keje kul 5 ptg, sampai umah dah kul 6.00 ptg, masak ringkas cukuple..ataupun leh gak buat untuk breakfast..sesuai jugak untuk kanak-kanak..Selamat Mencuba!
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Mee Goreng Ekspress Aslieya
Buat mee goreng paling mudah, sesuai untuk orang bujang & wanita berkerjaya. siap dalam masa 20 minit sahaja…, . Resepi ni sebenarnya idea sendiri, biasa la balik keje kul 5 ptg, sampai umah dah kul 6.00 ptg, masak ringkas cukuple..ataupun leh gak buat untuk breakfast..sesuai jugak untuk kanak-kanak..Selamat Mencuba!
BAHAN-BAHAN
- 1. Sebungkus Mee kuning dibasuh & Toskan)
- 2. Enam Sudu besar minyak masak
- 3. Dua biji bawang putih (ditumbuk/dihiris
- 4. Sebiji telur
- 5. Dua sudu makan cili giling/ciliboh
- 6. Satu kiub ayam maggie/knoor
- 7. Dua sudu makan sos tiram
- 8. Enam sudu makan kicap manis (boleh tambah secukup rasa),
- 9. Sedikit isi ayam dipotong dadu (nak tukar lauk lain pun boleh)
- 10. Sedikit daun sup dihiris
CARA PENYEDIAAN
- Panaskan 3 sudu besar Minyak masak dalam kuali.
- Goreng telur dan hancurkan, angkat dan ketepikan telur.
- Masukkan 3 sudu besar minyak masak (tunggu hingga minyak panas).
- Tumiskan bawang putih tadi, bila naik bau masukkan 2 sudu besar cili giling.
- Lepas 5 minit masukkan ayam (tunggu ayam masak (dalam 5-10 minit).
- Masukkan kiub ayam (hancurkan ia).
- Masukkan telur yang digoreng tadi, sos tiram serta kicap. (sekiranya bahan tumis kering, tambahkan sedikit air).
- Masukkan taugeh dan mee kuning (kacau/gaul hingga kicap rata).
- Taburkan daun sup. Sedap dihidang ketika panas.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.