Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas dan hanya menggunakan bahan-bahan asas yang pasti ada di dapur anda.
Tambahan hiasan coklat cip membuatkan mufin ini lebih menarik dan sesuai dinikmati oleh semua peringkat umur. Selain itu, masa bakar mungkin berbeza mengikut jenis oven jadi pastikan anda memantau mufin semasa proses pembakaran.
Jom kita tengok resipi perkongsian di bawah ini.
Baca lagi: Mufin Labu Dengan Streusel, Resipi Ini Dijamin Kek Menjadi Elok Sempurna!
RESIPI MUFIN VANILA
Bahan-Bahan Utama
- 8 sudu besar mentega (dicairkan)
- 4 cawan tepung gandum
- 1 ½ cawan gula halus
- 2 cawan susu segar
- 2 sudu teh baking powder
- 1 sudu teh garam
- 2 biji telur
- 2 sudu teh esen vanila
Hiasan (Pilihan)
- Coklat cip secukupnya
Cara Penyediaan
1. Di bekas pertama, campurkan bahan kering: tepung gandum, gula halus, baking powder dan garam. Gaul sebati.
2. Di bekas kedua, satukan bahan basah: mentega cair, susu segar, telur dan esen vanila.
3. Masukkan bahan basah ke dalam bahan kering secara perlahan-lahan.
4. Kacau menggunakan whisk hingga adunan sebati dan tiada ketulan tepung yang kelihatan.
5. Ambil bekas mufin atau acuan, dan isi adunan ke dalamnya. Jangan isi terlalu penuh; cukup hingga 2/3 penuh setiap bekas.
6. Taburkan coklat cip di atas permukaan adunan sebagai hiasan.
7. Panaskan oven terlebih dahulu.
8. Bakar pada suhu 160°C selama 25-30 minit, atau sehingga bahagian atas mufin keperangan dan bila dicucuk dengan lidi, tidak melekat.
9. Biarkan mufin sejuk sebentar sebelum dihidangkan. Muffin vanilla ini sedap dimakan begitu sahaja atau dinikmati bersama kopi atau teh.
Selamat mencuba!
Sumber: Sabariah Bahasar
Baca lagi: Resipi Mufin Kayu Manis, Bau Wangi Semerbak Kalah Kedai Bakeri!