agar-agar gula merah

Selain kek dan puding, ramai yang suka buat agar-agar sebagai pencuci mulut di rumah. Tak lain dan tak bukan, semestinya Agar-Agar Gula Merah yang menjadi pilihan.

Dulu-dulu, paling seronok jika dapat pergi kenduri bersama keluarga. Lebih-lebih lagi nampak ada Agar-Agar Gula Merah terhidang, memang tak lepaskan peluang untuk merasainya.

Walaupun cara membuatnya sangat mudah, namun tiada siapa akan menafikan kelazatannya. Senang cerita, inilah pencuci mulut klasik yang masih relevan sehingga sekarang.

Nak hasilkan Agar-Agar Gula Merah dengan bentuk cantik dan sempurna, boleh ikut resipi yang dikongsikan oleh Nur Amira Manan di Facebook ini. Jom kita cuba!

Baca juga: Wanita Kongsi Resipi Agar Agar Kelapa Selasih, Cantik Macam Kolam Ikan!

RESIPI AGAR-AGAR GULA MERAH

agar-agar gula merah

Bahan-bahan:

  • 1 cawan santan
  • 1 biji telur
  • Esen vanilla
  • 2½ gula nisan atau gula merah
  • 2½ cawan air
  • 1 helai daun pandan
  • 1 paket agar agar serbuk 10g
  • Secubit garam

Cara-cara membuat:

1. Mula-mula, tuangkan santan, telur dan esen vanilla ke dalam bekas.

2. Selepas itu, kacau sebati dan tapiskan.

3. Kemudian, panaskan periuk dan cairkan gula nisan atau gula merah dengan air sehingga gula larut.

4. Seterusnya, masukkan garam serta serbuk agar-agar dan kacau.

5. Setelah itu, tuang bancuhan telur tadi tanpa kacau dan biarkan bentuk lumut terbentuk.

6. Tunggu sampai telur muncul seperti lumut, kemudian kacau perlahan dan tutup api.

7. Akhir sekali, tuang adunan ke dalam loyang dan sejukkan dalam peti ais selama beberapa jam, kemudian boleh potong. Siap untuk dinikmati!

agar-agar gula merah

Anda boleh gunakan resipi ini untuk pelbagaikan hidangan pencuci mulut di rumah dengan menggantikan gula merah kepada bahan lain seperti air pandan, keladi, laici dan banyak lagi.

Kombinasi rasa lembut dan manis pada Agar-Agar Gula Merah ini membuatkan ia nikmat dimakan sejuk-sejuk dan tekak terus terasa segar.

Selamat mencuba!

Sumber: Nur Amira Manan

Baca juga: Agar Agar Santan Pandan, Ini Petua Supaya Kepala Santan Tak Pecah Lemak

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN