Resepi mak – Minta resepi malam tadi sebab teringin nak kunyah2 sambil minum teh tengok cerita KLIWON

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kerepek Bayam versi Adunan Rempeyek

Resepi mak – Minta resepi malam tadi sebab teringin nak kunyah2 sambil minum teh tengok cerita KLIWON

BAHAN-BAHAN

  • Satu ikat daun bayam hijau yang segar – basuh dan toskan.
  • 150gram Tepung beras
  • 150gram Tepung jagung
  • 1/2 paket jintan manis yg harga 50sen – anggaran 1 sudu besar – Dikisar halus
  • 1/2 paket jintan putih yg harga 50sen – anggaran 1 sudu besar – Dikisar halus
  • 1/2 paket ketumbar yg harga 50 sen – anggaran 1 sudu besar – Dikisar halus
  • 4 ulas bawang putih- dikisar
  • Segenggam udang kering – dikisar
  • 1 biji telor
  • 1 sudu besar air kapur
  • 1 kotak kecil santan segera
  • Air untuk bancuhan adunan
  • Garam dan minyak untuk menggoreng
CARA PENYEDIAAN
  • Campur semua bahan (kecuali daun bayam) dan campur air dan kacau sehingga sebati,
  • Jika adunan terlalu pekat tambah air begitu sebaliknya jika cair tambah sikit tepung.
  • Celup daun bayam kedalam adunan dan goreng – goreng dgn api yg perlahan.
  • NOTA- Jika daun habis dan adunan ada lagi boleh laa tambah kacang tanah buat rempeyek.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN