siakap tiga rasa

Pernah rasa ikan siakap tiga rasa di restoran Thai? Kini anda boleh memasaknya sendiri di rumah dengan resipi asli Thailand yang mudah dan dijamin menjadi ini!

Orang Thai menyebutnya “Masak Pla Sam Rod”, manakala kita memanggilnya masakan tiga rasa. Resipi autentik Thai ini diperoleh daripada orang Pattani.

Gabungan rasa pedas, masam dan manis memang buat kita terangkat! Bayangkan kuah pekat likat itu disimbah di atas ikan siakap goreng yang garing. Fuhhh, memang padu!

Bahan-bahannya mudah didapati di pasar raya berdekatan. Jadi apa tunggu lagi? Jom cuba resipi ini dan rasai sendiri keenakan masakan tiga rasa asli Thai yang luar biasa!

Baca juga: Nak Masak Telur Ikan Mayong Tapi Takut Hanyir? Cuba Petua Ini!

RESEPI KUAH SIAKAP TIGA RASA ASLI THAILAND

siakap tiga rasa

Bahan kisar:

  • 7 biji bawang merah
  • 7 biji bawang putih
  • 3 inci lengkuas
  • 4 biji asam plum
  • 8 biji cili api
  • 8 biji cili merah

Bahan Lain:

  • Gula putih
  • 3 sb gula Thai 
  • Sos ikan
  • 6 biji asam boi atau salted plum
  • 4 sb sos cili
  • 1 cawan air
  • Garam
  • 1 biji nanas, potong dadu

Cara-cara:

  1. Kisar semua bahan-bahan.
  2. Tumis semua bahan kisar, masukkan air, asam boi dan nanas potong dadu.
  3. Hiaskan dengan daun ketumbar.
  4. Sedia untuk dicurahkan ke atas ikan siakap yang sudah digoreng garing.
  5. Selamat mencuba!

Kredit: Nawal Lope Zainal Abidin

Baca juga: Cara Bezakan Ikan Laut & Ikan Bela Yang Ramai Tak Tahu, Mana Lagi Sedap?

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN