cara simpan ikan masin

Penggemar ikan masin pasti sentiasa wajib ada stok di rumah. Namun, ramai yang mungkin tertanya-tanya tentang cara simpan ikan masin dengan betul agar tahan lama dan tidak mudah rosak.

Simpan ikan masin dengan teknik yang salah boleh menyebabkan ia cepat berkulat dan berbau. Sayang betul kalau terpaksa dibuang begitu sahaja, kan?

Kami juga akan tunjukkan cara memotong ikan masin seekor kepada saiz kecil. Ikan masin seekor ini jauh lebih murah berbanding ikan masin yang sudah siap dipotong kecil.

Baca juga: Resipi Sambal Tumis Ikan Masin, Punyalah Sedap Boleh Lajak 2 Pinggan!

TIPS POTONG & CARA SIMPAN IKAN MASIN AGAR TAHAN LAMA

Cara-cara:

1. Basuh ikan masin terlebih dahulu sebelum dipotong.

2. Selepas siap dibasuh, boleh potong ikan kepada saiz kecil. Pastikan jangan dipotong terlalu tebal dan terlalu nipis.

3. Letakkan ikan masin yang sudah dipotong tadi ke dalam bekas yang bertudung.

4. Kemudian, tuangkan minyak masak sehingga tenggelam semua ikan masin.

5. Tutup bekas dengan tudung penutup dengan ketat.

6. Tak perlu simpan dalam peti sejuk, ikan masin ini boleh tahan lama hingga satu tahun.

Lihat video penuh di bawah, semoga bermanfaat!


Sumber: Rizal Kitchen

Baca juga: Wanita Kongsi Resipi Sambal Ikan Masin Daun Kunyit Kesukaan Ayah, Lauk Biasa Tapi Istimewa

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN