Hidangan telur ikan mayong merupakan salah satu masakan yang digemari ramai. Sayangnya, ia agak jarang dijual di kedai makan atau restoran.
Jika masak sendiri di rumah, telur ikan mayong ini akan berbau hanyir. Salah satu faktor mungkin kerana tidak dibersihkan dengan betul.
Tapi jangan risau, ada cara mudah untuk hilangkan bau hanyir itu. Ikut saja petua ini, dijamin sedap dan tak hanyir lagi!
Berikut merupakan perkongsian penuh yang dikongsikan oleh Puan Faridah Jaafar di bawah.
Baca juga: Resipi Ikan Siakap Stim Limau, Rasa Tetap ‘Umph’ Walaupun Bahan Ringkas!
CARA HILANGKAN BAU HANYIR TELUR IKAN MAYONG
1. Rendam dengan air asam jawa
Rendam telur ikan dalam air asam jawa selama lebih kurang 1 jam. Kemudian, basuh sehingga bersih selepas direndam. Sarungnya digunting supaya hilang hanyir pada bahagian dalamnya.
2. Rebus dengan asam keping dan halia
Selepas itu, rebus sekejap dalam air yang telah diletakkan asam keping dan halia. Untuk menghilangkan hanyir dan supaya kuah tidak keruh, telur direbus secara berasingan.
Ada yang suka telur yang terlalu cair dan terlalu keras, rebus mengikut cita rasa masing-masing. Kemudian, bolehlah masukkan telur ke dalam kuah masakan yang disukai. Siap!
Sumber: Faridah Jaafar
Baca juga: Ikan Cencaru Sumbat Tanpa Kelapa, Rupanya Lagi Sedap & Ramai Suka!