masam masam manis

Realiti hidup selepas kahwin penuh dugaan, namun pasti ada kebahagiaannya. Bagi menghargai pasangan di Malaysia, Sirap Limau memperkenalkan kempen ‘Masam Masam Manis’ yang cukup bermakna.

Kempen ini akan berlangsung bermula 1 Disember 2024 hingga 14 Januari 2025 dan banyak kisah romantis menarik bakal dikongsikan oleh pasangan yang ada di Malaysia.

Baca juga: Serbuk Rempah McCormick Wajah Baharu, Ini Antara Idea Resipi Influencer Yang Boleh Dicuba!

KEMPEN ‘MASAM MASAM MANIS’ OLEH SIRAP LIMAU, RAIKAN KISAH SUKA DUKA PASANGAN

masam masam manis

Walaupun ada mitos wujudnya perkahwinan sempurna, namun anda akan tahu realiti sebenar dunia perkahwinan melalui perkongsian kisah dalam kempen ‘Masam Masam Manis’ ini.

“Kami menyediakan ruang khas di laman web kempen untuk orang ramai berkongsi cerita perkahwinan mereka secara anonymous. Kisah-kisah yang dikongsikan akan menjadi sumber inspirasi bagi kandungan media sosial, memberi peluang untuk berkongsi pengalaman dan menyokong antara satu sama lain.”

-Nurul Halifah, Ketua Kandungan Sirap Limau-

Terdapat empat tema utama dalam kempen ini yang menggambarkan fasa berbeza dalam perkahwinan, iaitu Sehati Sejiwa, Gelora Perkahwinan, Kemuncak Cinta, dan Kembali Terjalin.

Setiap tema menekankan pelbagai peringkat hubungan perkahwinan dan keindahan dalam menghadapinya. Buat anda yang telah atau bakal berkahwin, pasti akan lalui semuanya nanti.

PELUANG MENARIK UNTUK MENANG HADIAH MINGGUAN BERNILAI LEBIH RM500

masam masam manis

Selain meraikan cinta melalui kisah romantis, anda juga berpeluang memenangi hadiah mingguan bernilai lebih RM500 melalui cabaran foto.

Caranya cukup mudah dengan berkongsi detik bahagia anda di Facebook bersama kapsyen penuh bermakna serta menggunakan tanda pagar (hashtag) #MasamMasamManis dan #TulisKisahHati.

“Kami juga telah menjalin kerjasama dengan beberapa organisasi seperti tilljannah.my dan Andorra Women’s & Children Hospital untuk menyediakan kandungan yang relevan dan memberi impak bermakna serta meluas kepada semua.”

-Anis Amirah, Pengurus Kempen-

ADA PROGRAM BUAL BICARA MENARIK PADA 8 JANUARI 2025, SEMPENA PENUTUPAN TIRAI KEMPEN ‘MASAM MASAM MANIS’

Kempen ‘Masam Masam Manis’ akan menutup tirai dengan sebuah program bual bicara pada 8 Januari 2025, yang bakal dihoskan oleh juruhebah radio popular, Muaz Mohamed.

Program ini menampilkan dua tetamu istimewa, iaitu Sufia Johari, seorang pencipta kandungan media sosial yang terkenal dan Haji Hushim, seorang penceramah motivasi yang pakar dalam kaunseling keluarga.

Bertemakan “Alam Perkahwinan Di Zaman Digital”, program ini akan membincangkan bagaimana media sosial dan teknologi mempengaruhi hubungan perkahwinan moden serta memberi panduan praktikal untuk pasangan dalam membina hubungan yang lebih kukuh di era digital ini.

Klik SINI untuk kongsikan pengalaman perjalanan cinta bersama pasangan yang penuh liku dalam mahligai perkahwinan. Inilah masanya untuk meluahkan segala yang terpendam.

Selain itu, anda juga boleh terus ikuti perkembangan terkini Sirap Limau di media sosial @siraplimau. Jom raikan cinta dengan kisah yang penuh romantis!

Sumber: Sirap Limau

Baca juga: Harga Sayur Naik 3 Kali Ganda Pada November Dan Disember, Ini Antara Sayur Yang Terjejas!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN