Sesuai untuk harijadi anak2… mudah jer
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Kek aiskrim strawberry
Sesuai untuk harijadi anak2… mudah jer
BAHAN-BAHAN
- BAHAN KEK SPAN*
- 375 gm Tepung Span Mix
- 75 gm Air atau Susu Segar
- 375 gm Telur
- 1 sudu teh Perasa Vanila
- 90 gm Minyak Jagung (atau Butter yang dicairkan)
- BAHAN AIS-KRIM*
- 3 Biji Telur Kuning
- 150 gm Susu Segar
- 30 gm Gula Kastor
- 150 gm Strawberry Pes (ada jual di kedai bakeri)
- 300 gm Fresh Cream
CARA PENYEDIAAN
- CARA BUAT KEK SPAN*
- Putar semua bahan untuk buat kek kecuali minyak jagung, sehingga kembang (dalam 10 minit)
- Apabila kembang masukkan minyak sikit2 sambil dikacau menggunakan wisk. kacau sehingga betul2 sebati.
- Tuang dalam loyang kek 9″ yang dialas dengan kertas minyak. Dengan suhu 175c bakar serlama 45 minit.
- CARA BUAT AIS-KRIM*
- Masak telur kuning, susu segar dan gula kastor sehingga pekat sedikit dan sejukkan.
- Putar Fresh Cream sehingga kental, dan masukkan kedalam bahan yang dimasak tadi
- Masukkan juga straberry pes dan kacau sehingga sebati dengan menggunkkan wisk.
- CARA NAK BENTUKKAN KEK*
- Boleh buat berapa lapis yang kita suka. jika suka ais-krim 2 lapis potong kek kepada 3 lapis.
- Masukkan lapisan bawah iaitu kek dalam loyang sepadan, kemudian ratakan ais-krim, lapisan kek semula, ais-krim dan atas sekali adalah lapisan kek.
- Simpan kek dalam peti beku lebih kurang 3 jam, tutup dgn plastik wrap. lepas tu boleh di hias dengan butter cream atau fresh cream… sedap tau hehe…
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.