Apabila ditanya tentang buah yang mudah dimakan pada bila-bila masa, semestinya epal menjadi pilihan. Setelah membelinya, anda perlu tahu beberapa tips simpan epal supaya kekal segar.
Epal merupakan sejenis buah yang banyak dicucuk tanam secara meluas di Asia Barat. Paling menarik, buah ini terdiri daripada dua warna iaitu merah dan hijau.
Kebanyakan orang lebih berminat untuk makan epal merah kerana rasanya yang lebih manis berbanding epal hijau. Namun, setiap jenis epal mempunyai khasiatnya yang tersendiri.
Ramai yang terus menyimpan epal di dalam peti sejuk tanpa menggunakan cara yang betul. Kesannya, epal kemungkinan akan cepat rosak dan tak boleh dimakan lagi.
Kali ini, kami nak kongsikan beberapa tips simpan epal yang sangat menarik untuk anda gunakan di rumah. Jom kita tengok caranya!
Baca juga: Tips Pilih Epal Merah Yang Manis Dan Segar, Tak Salah Beli Lagi Selepas Ini!
TIPS SIMPAN EPAL SUPAYA KEKAL SEGAR DAN TAK CEPAT ROSAK
1. Setelah membeli epal, lebih baik terus simpan dalam peti sejuk tanpa mencucinya dahulu.
2. Elakkan menyimpan epal bersama buah lain seperti oren, anggur dan sebagainya.
3. Gunakan kertas untuk membungkus epal dengan menghalakan tangkainya ke atas.
4. Pastikan untuk sentiasa periksa keadaan epal. Jika ada epal yang mula membusuk, terus pisahkannya daripada epal yang masih elok dengan segera.
5. Jika epal sudah dipotong, keringkan dan tabur sedikit garam dahulu, kemudian boleh simpan dalam peti ais dengan menggunakan bekas kedap udara.
Meskipun epal bukan buah tempatan, namun ia baik untuk kesihatan. Oleh kerana nutrisinya tinggi, maka ia bagus untuk dimakan oleh semua golongan terutamanya kanak-kanak sejak kecil lagi.
Jangan lupa untuk gunakan tips simpan epal supaya kekal segar dan tahan lama di dalam peti sejuk. Selepas ini, tiadalah masalah epal yang cepat rosak dan busuk lagi.
Semoga bermanfaat!
Sumber: Bijibuah, the.palm.home
Baca juga: 5 Cara Rangupkan Biskut Lemau Di Rumah, Salah Satunya Guna Periuk Nasi!