resepi bingka ubi

Nak buat hidangan minum petang yang lazat untuk keluarga tersayang di rumah, anda boleh cuba resepi Bingka Ubi Kayu Bakar yang lembut dan halus teksturnya.

Baru-baru ini, Nadyatul Hidayu telah kongsikan resepi Bingka Ubi Kayu Bakar di Facebook bersama beberapa cara untuk dapatkan hasil yang menjadi. Jom kita cuba!

Baca juga: Bingka Kelapa Sawit Guna Blender, Makan Bahagian Keraknya Paling Nikmat!

RESEPI BINGKA UBI KAYU BAKAR

resepi bingka ubi

Bahan-bahan:

  • 4 cawan ubi kayu
  • 1 cawan gula (ikut selera)
  • 2 cawan santan pekat
  • ½ sudu teh garam
  • 3 sudu makan marjerin
  • Sedikit pewarna kuning

Cara-cara membuat:

1. Parut atau sagat ubi kayu yang sudah dipotong dan dibersihkan (jika tiada pemarut, boleh juga dikisar dengan sedikit air).

2. Perah dan tapis ubi kayu yang sudah diparut atau dikisar. Setelah selesai, mendapan kanji ubi kayu pada dasar tapisan boleh diambil dan dicampur pada parutan ubi kayu.

3. Sukat ubi kayu yang sudah diparut kepada 4 cawan dan masukkan ke dalam bekas bersih.

4. Nak tekstur lebih halus, kisarkan 1 cawan gula, 2 cawan santan pekat, ½ sudu teh garam dan 1 sudu makan marjerin.

5. Campurkan adunan kisar ke dalam parutan ubi kayu tadi dan kacau rata.

6. Tambahkan beberapa titik pewarna kuning ke dalam adunan dan kacau sebati.

7. Tuangkan adunan ke dalam loyang yang telah digris dengan marjerin dan dilapik kertas baking (saya guna loyang saiz 8 inci).

8. Ratakan adunan dalam loyang dan sudukan baki majerin ke atas adunan supaya bahagian atas kuih garing cantik dan berkilat apabila siap dibakar.

9. Panaskan oven pada suhu 150°C selama 10 minit.

resepi bingka ubi

10. Bakar adunan kuih pada suhu 200°C selama 1 jam 20 minit dengan api atas bawah (bergantung pada oven masing-masing).

11. Setelah siap dibakar, keluarkan kuih dari oven dan sejukkan antara 4 hingga 5 jam.

*Jika nak hasil lebih cantik, berus sedikit marjerin atas kuih (jangan potong kuih sewaktu kuih masih panas).

12. Setelah kuih betul-betul sejuk, sisipkan sekeliling loyang dan keluarkan kuih dari loyang, kemudian boleh potong. Siap untuk dinikmati!

Setelah menyiapkan resepi Bingka Ubi Kayu Bakar, anda boleh menyapu sedikit minyak pada sekeliling pisau supaya kuih mudah dipotong dan mengelakkannya melekat pada pisau.

Selamat mencuba!

Sumber: Nadyatul Hidayu

Baca juga: Resepi Bingka Ubi Kayu, Begini Caranya Untuk Dapat Kerak Luar Yang Sedap!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN