Siapa penggemar Maggi Asam Laksa pasti tahu betapa lazatnya dapat makan mi segera dengan kuah panas. Lebih-lebih lagi jika makan di waktu perut berkeroncong, nikmat dia memang lain macam!
Jika inginkan kelainan, jom cuba resipi hasil ciptaan Chef Zam yang lebih unik dan pastinya dapat mengikat perut anda dan insan tercinta dengan lebih erat.
Baca juga: Resipi Mee Kolok Yang Sedap & Memukau, Cara Mudah Guna Mi Segera
CHEF ZAM KONGSI RESIPI MAGGI ASAM KEGEMARANNYA
Menurut Chef Zam, Maggi Asam Laksa adalah mi segera kegemaran beliau dan juga arwah ibunya untuk dinikmati pada hari-hari tertentu.
Resipi yang dikongsikan oleh Chef Zam menerusi laman Instagram miliknya kelihatan cukup mudah untuk dicuba oleh sesiapa sahaja.
Pertama sekali, beliau didihkan air secukupnya di dalam periuk untuk 2 bungkus Maggi Asam Laksa. Selepas air mendidih, beliau menaburkan 2 peket perencah yang terdapat dalam bungkusan mi segera.
Selepas itu, Chef Zam masukkan kedua-dua mi segera ke dalam periuk beserta sayur sawi dan tomato. Namun, ingin diingatkan supaya jangan masak terlalu lama kerana risau mi kembang kerana mi segera ini cepat lembut.
Maggi Asam Laksa sedia untuk dihidangkan ke dalam mangkuk. Chef Zam turut meletakkan bahan sampingan lain seperti kimchi, telur rebus, krim keju, bawang goreng dan biji chia untuk menambahkan lagi kelazatan.
Lihat video penuh di bawah jika ada yang terliur! Jangan lupa cuba resipi ini ya.
View this post on Instagram
Baca juga: Kristin Kongsi Hacks Untuk Pencinta Mi Segera, Memberi Rasa Lebih Padu & Luar Biasa!