kek batik cream crackersPencuci mulut ini biasanya menggunakan biskut Marie sebagai bahan asas, tetapi pernah cuba kek batik cream crackers Hup Seng? Hasilnya bukan sahaja lebih sedap, malah lebih mudah untuk disusun kerana bentuknya yang petak.

Tak perlu lagi memecahkan biskut seperti Marie yang penting rasanya tetap onz!

Anda wajib mencuba resipi ini kerana kami janji ia akan memudahkan anda dalam membuat kek batik ini.

Baca lagi: Resipi Cucur Kentang, Buat Nipis Macam Ini Baru Rangup Krup Krap!

RESIPI KEK BATIK CREAM CRACKERS

Bahan-Bahan:

  • 1/2 ketul mentega (butter)
  • 1/2 tin susu pekat
  • Secawan Milo
  • 1 sudu kecil serbuk kopi segera (pilihan, untuk rasa yang lebih “kick”)
  • 1 bungkus biskut cream crackers Hup Seng
  • Serbuk Milo untuk taburan

Langkah Penyediaan:

1. Panaskan mentega dalam kuali menggunakan api kecil. Kacau hingga cair sepenuhnya untuk mengelakkan ia hangus.

2. Setelah cair, tutup api.

3. Masukkan susu pekat ke dalam mentega cair, diikuti dengan Milo. Jika anda mahu rasa kek yang lebih pekat, tambahkan sedikit serbuk kopi segera.

4. Kacau campuran ini hingga sebati dan pastikan tiada ketulan.

5. Sapukan sedikit adunan coklat di dasar loyang atau bekas pilihan anda. Ini untuk memastikan lapisan pertama biskut tidak bergerak. Saya cadangkan guna tupperware berbentuk segi empat kerana lebih mudah untuk menyusun biskut.

6. Susun biskut cream crackers sebagai lapisan pertama di atas adunan coklat. Pastikan biskut tersusun kemas.

7. Tuang adunan coklat secukupnya ke atas lapisan biskut dan ratakan dengan sudu atau spatula.

8. Ulang langkah ini: susun biskut, tuang adunan coklat, dan ratakan sehingga bekas penuh atau adunan habis.

9. Untuk lapisan terakhir, tuang lebihan adunan coklat setebal sekeping biskut.

10. Taburkan serbuk Milo di atas permukaan untuk menambah rasa dan tekstur.

11. Simpan kek batik dalam peti sejuk selama 2-3 jam atau sehingga ia cukup mampat dan sejuk.

Sumber: Madam B

Baca lagi: Resipi Dendeng Daging, Lagi Lama Simpan, Rasa Lagi Menyengat!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN