Nak makan kuih sedap, kami cadangkan anda cuba resipi Kuih Seri Muka simple yang boleh dibuat tanpa kukus dengan menggunakan periuk nasi saja yang sungguh mudah.
Kuih Seri Muka adalah sejenis kuih tradisional Melayu yang diperbuat daripada beras pulut bersama adunan daun pandan yang biasanya dikukus dalam periuk kukusan.
Perkongsian resipi Kuih Seri Muka simple oleh Husniza Hussain di Facebook ini sangat menarik dengan menggunakan periuk nasi di rumah saja. Jom kita cuba!
Baca juga: Kuih Bakar Pandan Sedap Paling Mudah, Mak-Mak Boleh Buat Guna Acuan Muffin Saja!
RESIPI KUIH SERI MUKA SIMPLE GUNA PERIUK NASI
Bahan A:
- 1¾ cawan beras pulut
- ½ kotak santan kotak kecil
- ¼ sudu teh paras garam
Bahan B:
- 4 helai daun pandan
- 1½ cawan air
- 4 biji telur
- ½ kotak santan
- ¼ sudu teh paras garam
- 6 sudu besar gula putih
- 2 sudu besar tepung gandum
- 2 titik pewarna hijau
- Air pandan
Cara-cara membuat:
1. Mula-mula, masukkan semua bahan A dan air ke dalam periuk nasi bersaiz sederhana sehingga satu ruas jari telunjuk.
2. Apabila pulut sudah masak, padat dan ratakan pulut dengan menggunakan senduk.
3. Seterusnya, boleh siapkan bahan B pula. Kisar daun pandan dengan air, kemudian tapiskan.
4. Selepas itu, putar telur, santan, garam, gula putih, tepung gandum, pewarna hijau dan air pandan.
5. Kemudian, kacau dalam periuk di atas api sederhana sehingga likat.
6. Setelah itu, tuangkan ke atas pulut dan masak di dalam periuk nasi sebanyak 2 kali (tekan tombol itu, apabila sudah kicked off, tekan sekali lagi). Setelah sejuk, boleh potong. Siap untuk dinikmati!
Resipi Kuih Seri Muka simple ini sangat mudah dan sesuai untuk anda yang ingin cuba membuatnya tanpa kukus. Apabila dimakan, anda akan terasa betapa nikmatnya makan kuih yang tak pernah lapuk dek zaman ini.
Selamat mencuba!
Sumber: Husniza Hussain
Baca juga: Apam Balik Crispy Ala Pasar Malam, Boleh Buat Sendiri Di Rumah Tanpa Guna Minyak!