sesuai utk sarapan,minum petang dan dijadikan pencuci mulut dlm majlis2 tertentu…

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

?Talam Serikaya Cendol Pandan™

sesuai utk sarapan,minum petang dan dijadikan pencuci mulut dlm majlis2 tertentu…

BAHAN-BAHAN

  • Lapis Bawah :-
  • 225 g tepung beras (cap gajah)
  • 1 sb tepung ubi
  • 2 sk garam
  • 800 ml santan cair(akak guna 300ml santan KARA+500ml air)
  • 130 g cendol pandan – http://www.myresipi.com/top/detail/7398…atau beli cendol yg dh siap jual…
  • 60 g kacang merah yg direbus empuk
  • 60 g biji jagung direbus
  • 60 g gula halus
  • Lapis Atas(Serikaya) :-
  • *600 ml santan pekat(akak guna 400ml santan KARA+200ml air)
  • *200 g gula melaka – dihiris halus
  • *50 g gula halus
  • *1/4 sk garam
  • 5 biji telur
  • 60 g tepung gandum
  • 30 g tepung beras
CARA PENYEDIAAN
  • Masak bahan2 bertanda * untuk serikaya hingga gula larut.Tapis dan sejukkan.Ketepikan.
  • Panaskan kukusan dan masukkan loyang yg disapu minyak sekeliling.
  • Cara2 untuk lapisan bawah :-
  • Santan,tepung2 garam dan gula digaul rata dan masak hingga hampir pekat dan tuangkan cendol,kacang merah dan jagung dan gaul rata.Matikan api.
  • Tuangkan adunan terus ke dalam loyang yg telah dipanaskan dan kukus hingga masak atau selama 15 min.Sambil itu siapkan lapisan atas(serikaya)
  • Cara2 untuk lapisan atas (serikaya):-
  • Satukan *santan yg telah dimasak dgn gula tadi bersama telur dan tepung.Kacau hingga sebati dan tapis.Masak hingga adunan serikaya pekat atau masak kaedah double-boil supaya adunan tk mudah hangit pd dasarnya.
  • Apabila serikaya pekat,tuangkan ke atas lapisan bawah dan kukus lagi hingga adunan masak atau selama 20 min di atas api sederhana.
  • Biar kuih benar2 sejuk.
  • Bolehlah dipotong dan disajikan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN