KEPADA YANG INGIN MENIKMATI KHASIAT SERAI…
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Nasi goreng serai
KEPADA YANG INGIN MENIKMATI KHASIAT SERAI…
BAHAN-BAHAN
- 3 cawan nasi putih
- sebatang karot(dihiris halus memanjang)
- 3 biji telur
- 100 g ikan bilis
- 5 batang serai (saiz sederhana, dimayang halus)
- 8 helai daun limau purut (dimayang halus)
- 5 ulas bawang putih
- 2 ulas bawang merah
- 7 biji cili api
- Klik di sini untuk isi bahan
CARA PENYEDIAAN
- terlebih dahulu goreng telur dan hancur2 kan telur tersebut…..(cara ni cara kt…bergantung la kalau korang nak pecahkan dalam kuali nanti…)
- kemudian goreng ikan bilis sampai garing…(petua dari housemate: kalau nak ikan bilis tu garing tabur sikit tepung gandum selepas ikan bilis tu dibasuh)
- bila ikan bilis dah garing…asingkan..
- tumbuk bawang putih, bawang merah, dan cili api…suka hati mahu lumat betul2 atau separuh lumat… kemudian tumiskan bahan yang dah ditumbuk tadi hingga naik bau….
- masukkan karot, serai dan daun limau purut yang dah dimayang tadi…biarkan sekejap…
- kemudian masukkan garam secukup rasa…kalau nak bagi rasa ikan bilis lagi..leh tambahkan sedikit perasa ikan bilis….
- masukkan nasi putih bersama dengan ikanbilis dan telur yang dah digoreng tadi…gaul rata sampai semua sebati..
- siap untuk dimakan
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.