Betul ke ada onde onde coklat? Ya betul, selalunya kita hanya jumpa satu jenis inti untuk kuih ini iaitu gula Melaka. Namun hari ini, kami akan kongsikan cara buat onde-onde coklat atau nama modennya choconde.
Tekstur lembut dari doh tepung pulut, inti coklat yang cair di dalam, serta rasa rangup dari nestum menjadikannya kombinasi yang unik dan buat anak teruja untuk mencuba.
Kita tetap menghargai kuih tradisi dahulu tetapi sekali sekala mencuba membuat sesuatu yang baru, apa salahnya? Jom tengok resipi perkongsian di bawah ini.
Baca lagi: Resipi French Toast Guna 2 Bahan, Mudah & Tak Serap Minyak!
RESIPI ONDE ONDE COKLAT
Bahan-Bahan
Untuk Doh:
- 3 cawan tepung pulut
- 1½ tin Wonda Coffee (atau minuman kopi kesukaan anda)
Untuk Inti:
- Coklat Cadbury Hazelnut (dipotong kecil)
Boleh juga gunakan coklat jenis lain seperti coklat coin, coklat putih, atau coklat hitam.
Untuk Salut:
- Nestum (boleh gunakan perisa asli atau perisa pilihan)
Cara-Cara Penyediaan:
1. Campurkan tepung pulut dengan Wonda Coffee sedikit demi sedikit.
2. Gaul adunan sehingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di tangan. Jika doh terlalu lembik, tambahkan sedikit tepung.
3. Cubit sedikit doh dan gentelkan menjadi bulatan kecil.
4. Masukkan potongan coklat ke dalam doh dan tutup kembali sehingga inti tidak terlihat.
5. Ulang proses ini sehingga semua doh habis digunakan.
6. Untuk variasi, anda boleh menambahkan kacang, kuaci, atau campuran coklat lain untuk memberikan rasa yang lebih kaya.
7. Panaskan air dalam periuk sehingga mendidih.
8. Masukkan bebola choconde ke dalam air mendidih. Tunggu sehingga bebola timbul di permukaan air; ini menandakan ia sudah masak.
9. Angkat bebola dan toskan.
10. Setelah choconde ditoskan, golekkan ke dalam Nestum sehingga keseluruhan permukaannya disalut dengan rata.
11. Ulang sehingga semua choconde siap.
Tip:
- Jika ingin lebih beraroma, tambahkan sedikit gula perang atau kelapa parut ke dalam nestum.
- Untuk rasa tradisional, anda boleh menukar Wonda Coffee dengan air pandan, memberikan aroma klasik seperti onde-onde biasa.
Sumber: Shida Ambok
Baca lagi: Spaghetti Tomyam Pedas Creamy, Resipi Senang Je Tapi Sedap Terangkat!