peberet kacang
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Kacang Goreng Bawang Putih
peberet kacang
BAHAN-BAHAN
- 500gm kacang tanpa kulit
- 15-20 ulas bawang putih (diblender dengan sedikit air dan sedikit garam) – masin ikut selera sedirik la yer…
- 20 ulas bawang putih (dihiris) – banyak pon boleh, suka hati.
- Segenggam ikan bilis (kalau suka)
- Air
- Minyak
CARA PENYEDIAAN
- Didihkan air didalam periuk. Bila dah didih tutup api dan tuangkan kacang. Biarkan selama 3-4minit pastu toskan.
- Gaul kacang dengan bawang putih yang diblender tadi. Perap setengah jam.
- Panaskan minyak. Goreng kacang tadik sehingga hampir kekuningan kemudian masukkan bawang putih yang dihiris dan ikan bilis sehingga bawang putih/ikan bilis garing dan kacang masak. (Kalo takut kacang/ikan bilis/bawang putih hangus boleh goreng asing)
- Bila dah masak toskan dan biarkan sejuk. Bila dah sejuk bolehlah dimasukkan dalam balang kedap udara. Selamat untuk dimakan…
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.