Hari gaji dah tiba, inilah masanya untuk kita borong bahan basah di pasar dan ikut resipi ketam cili padi yang ringkas dan cepat disediakan ini.
Meskipun juadah tidak berkuah namun isi yang manis serta bahan-bahan yang sebati dengan ketam ini sedap dimakan bersama nasi dan mesti leka ketika mengupas kulit itu. Salah satu cara untuk dapatkan isi ketam yang banyak dan manis, anda perlu pilih ketam betina.
Selain itu, sekiranya anda mahu lebih pedas tambahkan sahaja cili padi ketika memasak.
Jom baca resipi perkongsian oleh saudara di bawah.
Baca lagi: Nasi Khomok (Khao Mok Gai), Nasi Beriani Style Thailand Yang Boleh Dicuba
RESIPI KETAM CILI PADI
Bahan-bahan:
- 2-3 ekor ketam, dibersihkan
- 3 ulas bawang putih*
- 5 ulas bawang merah*
- 1 inci halia*
- 3-5 biji cili padi*
- 2 tangkai daun kari
- 2 sudu serbuk kari ayam atau daging
- 2 sudu kicap cair
- 3 sudu sos cili
- 1 sudu sos tiram
- 2 cawan air
- 1 biji telur
- Garam dan gula secukup rasa
- Sedikit daun bawang untuk hiasan
*Bahan bertanda perlu dikisar halus.
Cara Penyediaan:
1. Kisar halus bawang putih, bawang merah, halia, dan cili padi. Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan tumis bahan kisar sehingga naik bau. Masukkan daun kari dan serbuk kari, kemudian tumis lagi hingga harum.
2. Tambahkan kicap cair, sos tiram, dan sos cili ke dalam tumisan tadi. Gaul sebati dan tuangkan 2 cawan air. Biarkan mendidih seketika.
3. Masukkan ketam ke dalam kuah. Tutup kuali selama 5 minit untuk memastikan ketam masak sempurna. Tambahkan garam dan gula mengikut selera, kemudian kacau sebati.
4. Tutup api dan masukkan telur ke dalam kuah. Kacau perlahan hingga telur bercampur rata dengan kuah.
5. Taburkan sedikit daun bawang sebagai hiasan sebelum dihidangkan.
Selamat mencuba!
Sumber: Khairul Abdullah
Baca lagi: Resipi Sambal Sotong, Kuah Cantik Elok & Garing Pecah Minyak!