suke jgk mkn mende nih… sdap…

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Terung Goreng Bersambal

suke jgk mkn mende nih… sdap…

BAHAN-BAHAN

  • 4 biji terung ungu panjang (belah tengah tapi jangan putus)
  • 1/2 sudu kecil garam halus
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit

  • 1 1/2 sudu besar air

    (Semua bahan di atas digaul rata)

  • 1 1/2 cawan minyak masak
  • SAMBALNYA;::
  • 4 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 cm halia
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 1/4 cawan air asam jawa
  • 1 cm belacan

  • 1 1/2 sudu besar gula merah
  • 80 gm ikan bilis kecil
CARA PENYEDIAAN
  • 1.Panaskan minyak dalam kuali dan goreng terung hingga lembut. Angkat dan ketepikan.

    2.Dengan menggunakan minyak yang sama, goreng ikan bilis hingga garing,
    ketepikan.

    3.Keluarkan minyak dan tinggalkan tiga sudu besar, tumis bahan-bahan tumbuk hingga naik bau.

    4.Masukkan pula cili kisar, air asam jawa dan belacan, goreng hingga pecah minyak. Akhir sekali masukkan pula gula merah dan garam secukup rasa.

    5.Kacau dan padamkan api. Bubuh terung dalam pinggan, curahkan sambal di atas terung dan taburkan ikan bilis goreng.

  • Kalau rasa malas nak masak sambal tu… beli jer sambal udang / ikan bilis kat pasar. haaa… UNTUK TAMBAHAN… gorengkan terung ngan telur pun boleh… lagi sdap… potong spt td… then celupkan dlm telur

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN