Boleh buat mee sup wantan atau makan dengan nasi.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Sup Wantan Simple

Boleh buat mee sup wantan atau makan dengan nasi.

BAHAN-BAHAN

  • Kulit wantan secukupnya
  • 1 liter stok ayam (air rebusan ayam atau guna kiub ayam je)
  • Bahan Inti:
  • 200g isi ayam, dicincang
  • 100g isi udang, dicincang
  • 50g water chestnut atau sengkuang cina, dicincang halus
  • 1 sb lobak merah, dicincang halus
  • 1 sb daun bawang dicincang
  • 1 1/2 sb kicap cair
  • 1 1/4 sk garam
  • 1/4 sk gula
  • Secubit serbuk lada putih
  • 1/2 sk minyak bijan
  • 1 sk tepung jagung
  • 1 biji kuning telur
CARA PENYEDIAAN
  • Campurkan semua bahan inti dan perap 30 miin.
  • Masukkan 1 sudu inti di tengah2 kulit wantan, letak sedikit air di sekeliling kulit dan kepil.
  • Lipat segitiga.
  • Kepil dari tepi.
  • Buat hingga habis
  • Tekan-tekan sikit pada bahagian lipatan.
  • Siap untuk direbus.
  • Stok ayam dibubuh perasa secukupnya dengan garam, serbuk lada putih dan masukkan wantan dan masak hingga lembut. Boleh juga masukkan sayur sawi atau bak choy dan cendawan hiris. Akhir sekali tabur dengan daun bawang dan bawang goreng.
  • **Wantan boleh juga digoreng seperti popiah.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN