Resepi yang mudah bagi minum petang. Menambahkan koleksi resipi kek pelangi.
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Kek Pelangi Simple
Resepi yang mudah bagi minum petang. Menambahkan koleksi resipi kek pelangi.
BAHAN-BAHAN
- 1 cawan tepung gandum
- 2 cawan tepung jagung
- 1 cawan mentega
- 1 cawan gula halus
- 3 biji telur
- 1 tsp baking powder
- 1 tsp esen vanila
- 2 tsp serbuk koko
- sedikit pewarna hijau dan merah
CARA PENYEDIAAN
- Pukul gula halus dan mentega hingga kembang.
- Masukkan telur satu persatu dan pukul lagi.
- Masukkan esen vanila dan baking powder dan kacau hingga sebati.
- Masukkan tepung jagung dan tepung gandum sedikit demi sedikit dan kacau hingga sebati.
- Asingkan kepada 4 bahagian. Biarkan satu bahagian dan tambah pewarna hijau, merah dan serbuk koko kepada 3 bahagian masing-masing.
- Tuang setiap bahagian berselang seli ke dalam loyang pembakar berdiameter 20cm yang telah dilenser dengan mentega.
- Bakar pada suhu 150-180 darjah celcius mengikut kesesuaian oven masing selama 35 minit atau hingga masak.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.