resipi pulut kacau

Resipi pulut kacau merupakan salah satu hidangan tradisional yang sangat digemari terutama bagi peminat rasa manis dan tekstur yang lembut namun sedikit kenyal.

Pandangan peribadi penulis, anda juga boleh jadikan ini sebagai hantaran atau door gift majlis untuk tetamu kerana ia sangat klasik dan juga unik pada zaman moden ini.

Dengan resipi yang ringkas ini, anda boleh mencuba sendiri di rumah tanpa banyak kerumitan.

Baca lagi: Puding Kastard Sukatan Cawan Yang Mudah, Makan Sejuk-Sejuk Memang Layan!

RESIPI PULUT KACAU

Bahan-Bahan untuk Pulut

  • 2 cawan beras pulut
  • 2 cawan air (pastikan sukatan air dan beras menggunakan cawan yang sama)

Cara penyediaan pulut:

1. Basuh bersih beras pulut dan masukkan ke dalam periuk nasi bersama air. Masak seperti memasak nasi biasa.

2. Setelah masak, keluarkan pulut dan ratakan di atas talam.

3. Biarkan pulut terkena angin untuk menyejukkan dan mengeringkan.

Nota: Jika anda suka Pulut Kacau yang garing, biarkan pulut kering sepenuhnya. Untuk tekstur lebih lembut, jangan keringkan terlalu lama.

Bahan-bahan untuk air gula:

  • 80 g gula batu
  • 100 g gula Melaka
  • 4 sudu besar gula merah
  • 400 ml santan pekat
  • 200 ml air
  • 1 sudu teh garam
  • 1 helai daun pandan (disimpul)

Cara membuat air gula:

1. Dalam kuali, masukkan gula batu, gula Melaka, gula merah, air, garam, dan daun pandan. Masak hingga gula larut sepenuhnya.

2. Masukkan santan pekat dan kacau rata.

3. Masak sehingga campuran mendidih dan menjadi pekat.

Tip: Tanda air gula sudah pekat ialah apabila lapisan gula melekat pada senduk.

Cara membuat pulut kacau:

1. Masukkan pulut yang telah dimasak ke dalam kuali bersama air gula. Gunakan api sederhana perlahan.

2. Kacau rata hingga air gula menyerap ke dalam pulut. Teruskan mengacau sehingga campuran menjadi pekat dan kelihatan bertali apabila ditarik dengan senduk.

3. Ketika pulut masih panas, masukkan ke dalam acuan dan mampatkan menggunakan sudu atau spatula.

4. Biarkan pulut sejuk selama beberapa jam sebelum dipotong atau dikeluarkan dari acuan.

Nota: Semakin kering pulut kacau, semakin tahan lama ia boleh disimpan.

Selamat mencuba!

Sumber: Eny Yusnizar Abdullah

Baca lagi: Resipi Mee Udang Ala Sarawak Guna Mi Segera, Baunya Buat Selera Terangkat!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN