resepi asal dari mak

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Ikan Sweet Sour

resepi asal dari mak

BAHAN-BAHAN

  • 1 ekor ikan kerapu / siakap / tombak etc (berat dlm 500gm)
  • 5 ulas bawang putih ditumbuk lumat
  • 1 1/2 labu bawang besar ditumbuk lumat
  • 2 sb cili boh
  • 1/2 botol kecil sos tomato
  • 6 helai daun limau purut
  • 2 batang serai diketuk
  • 2 biji tomato dibelah 6
  • 1 labu bawang besar dimayang bulat
  • minyak
  • gula dan garam
CARA PENYEDIAAN
  • Gaul ikan dengan garam dan kunyit. Goreng dalam minyak yang banyak sehingga masak.
  • Dalam kuali lain. Ambil sesenduk minyak goreng ikan. Panaskan dan tumis cili boh.
  • Apabila cili boh agak garing, masukkan bahan yang ditumbuk.
  • Masukkan sos tomato, daun limau purut dan serai. Kacau sebati.
  • Masukkan gula dan sedikit garam. Jangan masuk garam lebih kerana ikan sudah ada garam. Rasa agak ada rasa masam, manis.
  • Masukkan ikan yg tlh digoreng dan ratakan kuah pada ikan.
  • Bila dah cukup rasa masam, masin dan manis, tabur bawang potong dan tomato. Sedia untuk dihidang.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN