resipi roti canai lembut

Roti canai merupakan sajian tradisional yang digemari ramai, terutama untuk sarapan atau minum petang. Dihidangkan bersama kuah kari atau sambal tumis, ia pasti membangkitkan selera. Mencuba resipi roti canai lembut sendiri di rumah bukan sahaja menjimatkan, tetapi juga menyeronokkan.

Membuat roti canai sendiri memang memerlukan kesabaran, tetapi hasilnya pasti berbaloi. Dengan resipi ini, anda boleh menghasilkan roti canai lembut dan crispy yang digemari seisi keluarga.

Berikut adalah resipi dan langkah penyediaan.

Baca lagi: Telur Masak Tomato Tanpa Bawang, Resipi Pantas Ini Dapat Pikat Selera Keluarga!

RESIPI ROTI CANAI LEMBUT

Bahan-Bahan:

  • Tepung gandum: 4 cawan (gunakan cawan yang sama untuk menyukat air nanti).
  • Garam: 1 ½ sudu teh (anggaran sama seperti membuat jemput-jemput).
  • Susu pekat manis: 2 sudu besar.
  • Minyak masak: 2 sudu besar.
  • Air sejuk: 1 hingga 2 cawan (gunakan sedikit-sedikit mengikut keperluan).
  • Butter dan minyak: Untuk melumur doh semasa proses perapan.

Cara Penyediaan:

1. Dalam mangkuk besar, masukkan tepung gandum, garam, susu pekat manis, dan minyak masak. Gaul bahan-bahan ini menggunakan tangan sehingga bercampur rata.

2. Setelah sebati, masukkan 1 cawan air sejuk sedikit demi sedikit sambil terus menguli. Jika adunan masih terasa kering, tambah lagi air sedikit-sedikit sehingga doh tidak melekat di tangan dan permukaan doh licin.

3. Uli doh selama 30 minit untuk mendapatkan tekstur yang elastik dan lembut.

4. Selepas diuli, tutup doh dengan kain lembap dan biarkan rehat selama 15 minit.

5. Setelah rehat pertama, uli lagi doh selama 20 minit sehingga permukaan doh licin dan elastik.

6. Bahagikan doh kepada beberapa bahagian kecil mengikut saiz roti canai yang diinginkan.

7. Lumurkan doh dengan campuran butter dan minyak untuk mengelakkannya melekat antara satu sama lain.

8. Susun doh dalam bekas, rendamkan sedikit dengan minyak, dan tutup bekas tersebut.

9. Perap doh sekurang-kurangnya 6 jam untuk hasil terbaik. Jika boleh, biarkan selama 8 jam untuk tekstur yang lebih lembut dan mudah ditebar.

10. Selepas doh selesai diperam, tebar doh menggunakan teknik tradisional atau hanya gunakan dulang jika kurang mahir. Pastikan doh ditebar nipis untuk hasil yang lebih rangup.

11. Panaskan kuali rata dan masak roti canai sehingga keemasan di kedua-dua belah.

resipi roti canai lembut

Tips Tambahan:

  • Jika anda kekurangan masa, roti canai segera juga boleh menjadi alternatif, tetapi membuat sendiri pasti lebih memuaskan.
  • Untuk hasil yang lebih sedap, hidangkan roti canai panas bersama kuah kari pekat atau sambal tumis.

Sumber: Syalfarina Razali

Baca lagi: Peria Goreng Crispy, Ikut Cara Ini Tak Ada Rasa Pahit Walau Sedikit Pun

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN