Peminat masakan Cina sangat teruja apabila dapat tahu adanya resepi Chee Cheong Fun Udang yang sangat mudah dan anda boleh buat dengan menggunakan rice paper saja.
Chee Cheong Fun adalah sejenis kuih dim sum yang popular dalam masakan Cina. Resepi asas untuk hidangan ini sebenarnya menggunakan tepung beras, air, garam, dan minyak masak.
Baru-baru ini, Fadz Samsudin telah kongsikan resepi Chee Cheong Fun Udang di Facebook yang buat ramai tertarik kerana menggunakan rice paper dan hasilnya sangat menjadi. Jom kita cuba!
Baca juga: 10 Jenis Udang Yang Anda Selalu Makan, Rupanya Ada Beza Untuk Masakan Tertentu!
RESEPI CHEE CHEONG FUN UDANG GUNA RICE PAPER
Bahan-bahan:
- Udang
- Rice paper
- Daun bawang
- Lada putih
- Kicap cair
Bahan-bahan soy sauce:
- Minyak bijan
- Kicap pekat
- Kicap cair
- Sos tiram
- Gula
- Perasa
- Air
Bahan-bahan chili oil:
- Minyak masak
- Chili flakes kasar*
- Chili flakes halus*
- Serbuk cili*
- Minyak bawang putih
- Gula*
- Perasa*
- Udang kering*
- Daun ketumbar
- Halia
- Daun bawang
- Shichuan peppercorn
Cara-cara memasak:
1. Mula-mula, kupaskan kulit udang daripada isinya.
2. Selepas itu, perapkan udang dengan kicap cair dan lada putih semalaman atau 2 hingga 3 jam.
3. Kemudian, basahkan rice paper dan balut udang seperti dalam gambar.
4. Seterusnya, kukus selama 8 minit.
5. Sementara itu, boleh sediakan soy sauce dengan hanya menyatukan semua bahan dan masak atas api seketika.
6. Bagi menyediakan chili oil, panaskan minyak dan tumis daun ketumbar, halia, daun bawang serta shichuan peppercorn sampai naik bau.
7. Apabila sudah naik bau, boleh tapis dan angkat sebab kita nak aroma dari minyak ini saja.
8. Satukan bahan bertanda (*) dan gaul sebati.
9. Apabila minyak sudah panas, tuangkan minyak dalam campuran cili tadi. Tapi, bahagikan tuang 3 kali, jangan sekaligus terus.
10. Akhir sekali, buat pula minyak bawang putih dan campur dalam campuran cili tadi. Siap untuk dihidang!
Tak sangka guna rice paper pun boleh buat resepi Chee Cheong Fun Udang yang sangat lazat. Cara menikmati hidangan ini adalah dengan menuangkan soy sauce atas udang bersama chili oil yang pasti pedasnya memang terangkat.
Selamat mencuba!
Sumber: Fadz Samsudin
Baca juga: Resepi Kuey Teow Thng Yang Sedap, Makin Berselera Hirup Kuahnya