Satu lagi resepi ayam yg dyg selalu buat utk nasi ayam. Boleh digoreng dan juga dibakar. Memang best!
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Ayam Goreng/Bakar Istimewa
Satu lagi resepi ayam yg dyg selalu buat utk nasi ayam. Boleh digoreng dan juga dibakar. Memang best!
BAHAN-BAHAN
- Seekor ayam (dipotong ikut suka, dibersih dan direbus dgn sedikit garam sehingga separuh masak dan ditoskan serta disejukkan terlebih dahulu)
- 7 ulas bawang merah (dikisar)
- 3 ulas bawang putih (dikisar)
- 1 inci halia (dikisar)
- 2 sudu makan lada sulah
- 1 sudu makan serbuk lada hitam
- 1 sudu makan jus lemon @ sos plum
- 1 sudu makan sos cili
- 1 sudu makan sos tiram
- 2 sudu makan minyak zaitun/minyak masak (hanya utk kaedah membakar sahaja)
- garam dan gula secukupnya.
- minyak utk goreng terendam
CARA PENYEDIAAN
- Gaulkan ayam dgn bahan2 di atas dan perap lbh kurang 1 jam. Jika hendak membakar, add minyak zaitun/minyak masak utk perapan.
- Goreng sehingga masak.
- Untuk kaedah membakar, panaskan oven 180C. Sediakan tin pembakar, lengserkan dgn minyak zaitun/minyak masak. Susunkan ayam dan tutup dgn kertas foil. Masak selama 30 minit. Buka kertas foil, renjis2 sedikit dgn bahan perapan td dan bakar semula selama 10 minit atau sehingga masak (bergantung pd jenis oven yg digunakan).
- Hidangkan bersama nasi ayam/nasi putih dsb. Untuk resepi nasi ayam dayang, bolehlah singgah ke blog dayang utk rujukan. http://dayangjack.blogspot.com/2009/03/nasi-ayam-istimewa.html
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.