resipi sup telur pecah

Jika anda teringin menu yang senang dan tidak berat, cubalah resipi sup telur pecah atau egg drop soup ini. Sesuai sangat dinikmati ketika cuaca sejuk atau ketika tidak sihat sebagai pembuka selera.

Bahan-bahan digunakan juga tidak renyah. Selain itu, anda juga boleh menambah bahan seperti jejari ketam atau cendawan. Pasti yang tidak sihat, terus sihat!

Kalau ikut tekak melayu, sediakan juga sambal kicap. Fuh, terangkat!

Jom lihat resipi penuh di bawah ini.

Baca lagi: Apam Dewa Gebu Gebas, Nak Bercorak Cantik Guna Teknik Ini Sebelum Kukus

RESIPI SUP TELUR PECAH

Bahan-Bahan:

  • 4 cawan air
  • ½ sudu kecil garam (laraskan mengikut cita rasa)
  • ½ sudu kecil serbuk lada putih
  • Serbuk pati ayam
  • Bawang besar, dicincang halus
  • 1 sudu besar halia, diparut
  • ½ cawan lobak merah, dicincang halus
  • 2 biji telur, dipukul ringan
  • 2 sudu besar tepung jagung + 4 sudu besar air (untuk bancuhan)
  • Daun bawang, dihiris halus
  • Jagung parut (pilihan, untuk rasa dan tekstur tambahan)

Cara-Cara:

1. Masukkan 4 cawan air ke dalam periuk. Tambahkan garam, serbuk lada putih, dan serbuk pati ayam.

2. Didihkan sup di atas api sederhana.

3. Sementara menunggu air mendidih, parut jagung jika ingin menambahkannya ke dalam sup.

4. Setelah air mendidih, masukkan jagung parut, bawang besar, lobak merah, dan halia. Tutup periuk dan biarkan mendidih di atas api sederhana selama beberapa minit sehingga sayuran lembut.

5. Bancuh tepung jagung dengan air sehingga larut.

6. Masukkan bancuhan tepung jagung secara perlahan-lahan ke dalam sup sambil mengacau. Ini akan memekatkan kuah sup. Jika ingin kuah lebih pekat, tambahkan sedikit lagi bancuhan tepung jagung.

7. Pukul dua biji telur dalam mangkuk kecil.

8. Dengan sup dalam keadaan api kecil, tuangkan telur secara perlahan sambil mengacau perlahan-lahan menggunakan garpu atau chopstick untuk mendapatkan tekstur telur yang berjalur.

9. Periksa rasa dan laraskan dengan garam atau lada putih mengikut cita rasa anda.

10. Taburkan daun bawang yang telah dihiris.

Sumber: Lutong Pinoy Recipe

Baca lagi: Resipi Lempeng Ikan, Guna Ikan Jenis Ini Baru Sedap!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN